Amalan

Trafik Sesak Sejak Pagi Kerana SJR Diperketat Sebab Nya Buat Ramaii Tak sangka

Hari ini sejak pagi membawa ke petang kita dapat lihat kesesakan trafik berlaku di lebuh raya keluar masuk Plaza Tol Sungai Besi.

Kesesakan ini dikatakan berpunca dari Sekatan Jalan Raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan pihak berkuasa bagi memastikan semua pengguna tidak melanggar aktiviti merentas negeri.

Tiada pertambahan kenderaan dan jumlahnya pada kadar biasa, tetapi kerana SJR diperketatkan, maka berlaku kesesakan dari awal pagi tadi hingga kini.

Sesak terutama di Plaza Tol Sungai Besi, Bentong dan Gombak. – Kata Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada Harian Metro.

Polis Hanya Goyang Kaki?

Sebelum ini tersebar beberapa rungutan dari pengguna jalan raya yang mempertikaikan anggota polis yang dilihat hanya goyang kaki di bawah khemah tanpa menahan kenderaan.

Jawabnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengarahkan anak buahnya untuk mengetatkan SJR di seluruh negara bagi memastikan tidak wujud kluster rentas negeri.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri bermula esok bagi mengesan individu yang mengambil kesempatan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata seramai 36,000 pegawai dan anggota yang ditugaskan dalam sekatan jalan raya sudah diarahkan untuk mengenal pasti sebarang kesalahan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan terutama mereka yang bergerak tanpa kebenaran.

“Mulai esok, saya sudah memberikan arahan tegas kepada semua pegawai dan anggota di lapangan terutama di setiap sekatan jalan raya rentas negeri untuk memberi tumpuan terhadap kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

“Pemeriksaan ini dibuat bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai kebenaran saja dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri,” katanya ketika dihubungi BH

Beliau berkata, walaupun jumlah kes harian C0VID-19 dilaporkan menu.run, namun rakyat tidak boleh mengambil ring4n terhadap bah4ya pandemik itu.

“Penurunan jumlah kes C0VID-19 sebenarnya adalah bukti kerja keras dilakukan barisan hadapan dengan kerjasama orang ramai.

“Bagaimanapun, PDRM sedar perkembangan positif ini mungkin berubah menjadi neg4tif dalam sekelip mata jika orang ramai mengambil sikap sambil lewa,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini sejumlah 36,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan untuk pemeriksaan terhadap pematuhan SOP, sekatan jalan raya dan Operasi Benteng.

Katanya, pada masa sama juga, sebanyak 260 sekatan jalan raya diwujudkan di seluruh negara terutama di laluan keluar dan masuk setiap negeri.

“Jumlah sekatan jalan raya diadakan ini cukup untuk mengawasi pergerakan orang ramai di seluruh negara,” katanya.

Kredit: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *