Hiburan

Tular Video Engku Emran Peluk Erat Mak Mertua. Ini hukumnya yang ramai tak tahu

BERITA perkahwinan kakak kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dengan usahawan Engku Emran pada pagi Jumaat mengejutkan ramai pihak.

Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan.

Namun begitu, rakaman ketika majlis akad nikah di mana Engku Emran kelihatan memeluk erat ibu mertua baru beliau menarik perhatian ramai

Ketika sesi bergambar bersama ibu dan bapa mertua, Engku Emran kelihatan memeluk Noor Kartini Noor Mohamed, yang juga Ibu kepada Pelakon Neelofa

Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga lebih dikenali sebagai Noor Kartini merupakan ibu kepada usahawan, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa.

Beliau yang merupakan antara pemilik perniagaan Naelofar Hijab yang diusahakannya bersama keluarga, antara lain turut menghasilkan produk berjenama Young & Glow Foundation.

Berikut penjelasan lanjut batas pergaulan antara menantu dengan ibu atau bapa mertua

Perkahwinan adalah satu rahmat Allah SWT kepada umat manusia untuk mengembangkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, kita wajib bersyukur dengan nikmat berkenaan kerana bukan semua orang dapat merasainya.

Bagaimanapun, bukan semua ahli keluarga pasangan halal untuk kita bersalaman atau membuka aurat sesuka hati seperti yang digariskan dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Hubungan menantu dengan bapa dan ibu mentua adalah haram selamanya di mana mereka haram dikahwini walaupun selepas pasangan bercerai. Oleh itu, bersalaman atau tidak berhijab di hadapan mereka adalah dibenarkan.

Sementara adik ipar, ibu atau bapa saudara, anak saudara pasangan adalah kalangan yang haram bertempoh iaitu diharamkan berkahwin selama mana pasangan itu masih suami isteri.

Justeru, untuk memudahkan setiap pasangan mengetahui hukum bersalaman dengan ahli keluarga mentua, kaedah paling mudah ialah mengenal pasti terlebih

dahulu status mereka sama ada haram selamanya atau haram bertempoh.

Jika mereka daripada golongan yang haram selamanya maka bersalaman dengan mereka pada hari raya dan sebagainya adalah dibenarkan. Jika tidak, maka bersalaman dengan mereka adalah diharamkan dan aurat wajib dipelihara.

Sahkah wuduk jika menantu lelaki bersentuhan dengan ibu mertuanya?

Berikut adalah beberapa kekeliruan mengenai perkara yang membatalkan wuduk seperti yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
Hasil carian di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Astro AWANI senaraikan antara kemusykilan sebilangan umat Islam mengenai air wuduk:

1. Keluar angin tetapi tidak berbau, apa hukumnya?
Wuduk anda akan terbatal disebabkan oleh keluarnya sesuatu benda dari dua jalan sama ada depan dan belakang (kubul dan dubur).

2. Bagaimana hukum wuduk untuk orang pesakit kencing tidak lawas?
Jika ia memang penyakit (atau disebut kencing tidak lawas), maka dalam keadaan ini anda hendaklah mengambil wuduk sebaik sahaja masuk waktu dan memakai alas untuk menjaga air kencing agar tidak terkena pakaian dan tempat solat.

3. Sahkah wuduk jika terpijak najis kering?
Tidak sah wuduk tersebut dan wajib menyucikan kaki yang terkena najis tersebut.

4. Adakah batal wuduk jika makan atau minum?
Makan dan minum tidak sesekali membatalkan wuduk yang telah diambil.Sebaik-baiknya panel nasihatkan agar anda hendaklah berkumur bagi menghilangkan sisa makanan sebelum memulakan solat.

5. Adakah korek telinga, hidung batal wuduk?
Mengorek hidung atau telinga tidak membatalkan wuduk kerana ianya tidak termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

6. Apakah hukum jika menantu dalam keadaan berwuduk bersentuhan dengan ibu mertua? Batal atau tidak wuduknya?
Tidak batal wuduk jika menantu dalam keadaan berwuduk bersentuhan dengan ibu mertua

Ini adalah sebahagian soalan dan jawapan yang diperoleh di laman web JAKIM. Jika anda ada sebarang soalan lanjut mengenai hal ini boleh terus diajukan ke laman web

http://kemusykilan.islam.gov.my/.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *