Entertainment

Walau Seteruk Mana Ujian Dihadapi, Ini Pendirian Safiey Ilias Mengenai Keluar Islam

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.

Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.

Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.

Berbeza dengan Sajat yang tidak tahan dengan tekanan hingga mahu ‘keluar agama’, Safiey Ilias berjanji tidak akan bertindak demikian walau seteruk mana ujian dihadapinya.

Walaupun berdepan kecaman hebat serta mengalami bipolar dan depresi, usahawan kosmetik itu berpegang pada akidahnya sebagai seorang muslim.

“Ratu depresi ke, bipolar ke, bedah ke, gila ke, kene kecam ke, kene macam-macam ujian, insyaallah tak akan Ratu keluar agama.

“Iman naik dan turun. Mgkin hari ini aku yang paling jahat, tapi esok lusa kita tak tahu, Allah nak bolak balik hati seseorang sekejap je,” tulisnya di Instagram.

Safiey turut mengambil iktibar dari kisah penghijrahan golongan selebriti yang sebelum ini dicerca, kini berhijrah.

Kredit foto: IG

Lantaran itu, Safiey menggesa orang ramai agar menghormati individu yang sedang diuji.

Terdahulu, tidak tahan dikritik selain sukar untuk menahan naluri dirinya, pengusaha kosmetik, Safiey Ilias ternyata nekad kembali menjadi mak nyah.

Ramai yang tahu, Safiey yang sebelum ini adalah mak nyah yang mendapat liputan media meluas kerana keputusannya untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati. Malah tindakan Safiey untuk sama-sama menyertai tabligh turut membuatkan ramai insan lain menjadikan dia contoh untuk berubah.

Tunaikan Umrah

Safiey sempat mengerjakan umrah pada tahun 2016 pada ketika itu penampilannya sudah berubah seperti lelaki. Dia berjaya mendapat pengendali haji, atau mutawif, yang faham perasaan ‘mak nyah’ untuk membimbingnya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Kepetusan Safiey ini telah mendapat sokongan dari peminatnya dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. Menerusi Instagram milik Safiey, salah seorang peminat ini telah menghantar mesej meluahkan rasa kagum terhadap dirinya.

Peminatnya ini menganggap Safiey adalah pondan yang sangat beruntung kerana sempat menjadi tetamu Allah ketika dia berubah jadi lelaki.

“HYE SAFIEY. SAYA SUKA TENGOK AWAK. MULA DARI MASA AWAK JADI LELAKI BALIK SAMPAI SEKARANG. MUNGKIN TAK CUKUP LAMA. TAPI SAYA TAHU AWAK TAHU BURUK BAIK APA YANG AWAK BUAT. AWAK PONDAN YANG SANGAT BERUNTUNG SAFIEY. SEBAB AWAK SEMPAT PERGI HAJI. ALLAH TITIPKAN HATO AWAK UNTUK BERUBAH JADI LELAKI DULU DAN JEMPUT AWAK KE RUMAHNYA”

Mesej itu telah dibalas baik dari Safiey dengan menulis:

“DOA BANYAK-BANYAK UNTUK DIJEMPUT JADI TETAMU ALLAH. RAMAI ORANG KAYA PUN ALLAH TAK JEMPUT WALAU ADA UPAYA DUIT BOLEH PERGI”

Siapa sangka dalam ramai-ramai yang mengkritik beliau, ada juga yang mengkagumi kisah kehidupannya. Dia mungkin melakukan kesilapan dan bukan manusia yang sempurna.

Fahamkan dia dengan sebaiknya. Mengkritik dan menghina tidak akan membawa perubahan yang baik. Ia hanya menghantar dia pada kehendak mahu sahaja kembali ke jalan lama.

Kita tidak pernah tahu mana amalan kita yang diangkat tuhan, seperti mana kita tidak tahu kejahatan mana yang akan membakar di hari pembalasan kelak. Jika ada mereka yang tersasar, bantulah dengan berhikmah seperti mana kita mahu dibantu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *