Hiburan

“Wedding Of The Year” Dgn Persalinan Serba Putih, Neelofa Sah Menjadi Isteri PU Riz

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa bersama pendakwah Haris Ismail bakal diijabkabulkan sebentar lagi.

Majlis berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dengan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir.

Ketika ini, saudara mara dan tetamu sudah tiba di lokasi majlis akan berlangsung dengan semua berpakaian mengikut tema yang ditetapkan.

Desas desus pernikahan Neelofa dan Haris atau PU Riz mula mendapat perhatian apabila warganet mula berteka teki tarikh sebenar pernikahan mereka.

Pelbagai spekulasi dan teka teki yang membanjiri ruang media sosial tetapi hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan.

Difahamkan majlis yang bertemakan Jabal Rahmah itu turut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.

Neelofa sebelum ini juga menerusi instastorynya memohon agar peminat mendoakan segala urusan dan perancangannya berjalan lancar.

Pengacara dan usahawan fesyen Noor Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Haris Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai PU Riz.

Bekas pengacara MeleTOP itu bakal diijabkabul dengan pendakwah bebas tersebut dijangka pukul 10.30 pagi ini.

Majlis dilakukan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Mengenakan pakaian serba putih, majlis akas nikah ini hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakat karib kedua-dua belah pihak sahaja.

Terdahulu, dalam pertemuan Gempak bersama Neelofa pada Khamis lalu, wanita itu meminta agar semua pihak mendoakan perancangannya menuju hari bahagia berjalan lancar.

“Doakan saya, Insya Allah,” katanya ringkas.

PU Riz merisik Neelofa pada November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup dan sederhana.

Meleraikan segala teka-teki umum, selebriti popular Neelofa akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini.

Berlokasikan sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohamad Noor, 32, dan Haris Ismail,26, disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis bertemakan Jabbal Rahmah iaitu satu daripada lokasi popular yang diziarahi jemaah umrah dan haji di Mekah.

Pernah Bersekolah Pondok Sampai Umur 20 Tahun, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu

Bagi yang masih belum mengenali siapa sebenarnya PU Riz, Gempak kongsikan trivia menarik mengenai jejaka kacak itu.

1. Pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail itu berusia 24 tahun dan merupakan anak jati Selangor.

2. Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir namun hanya bertahan selama setahun apabila terpaksa pulang ke Malaysia akibat peperangan di sana.

“Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu,” katanya kepada Gempak.

3. PU Riz memiliki diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya sekarang dalam fokus untuk sambung belajar dalam sarjana muda bidang pendidikan dan undang-undang. Insya-Allah akan bergraduasi lagi setahun setengah.

“Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.

“Cuma bukan selama-lamanya dalam bidang ini (hiburan),” tambahnya.

4. Mula dikenali apabila menjadi peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 dan pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) pada tahun 2017.

5. Antara drama lakonannya ialah Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus dan Anugerah Cinta Aisyah.

6. Bakal muncul dengan lakonan pertama sebagai hero filem Ada Apa Dengan Dosa menjelang Oktober ini.

“Saya digambarkan sebagai seorang pendakwah yang belajar agama di Scotland dan bertemu dengan seorang gadis Aurora.

“Imej saya pula dibentuk dengan cara berbeza daripada diri saya, pakai seluar ket.at dan rambut diluruskan.

“Saya juga hilang 10 kilogram untuk filem ini,” kongsinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *