Amalan

Baru semalam YB KJ tinggalkan komen dekat FB Najib, sekali Najib jawab balik

Semalam Najib Razak sekali lagi dalam hantar beliau di Facebook bertindak mengkr1tik kerajaan berhubung program vaksin4si yang sedang dilakukan oleh kerajaan

Namun begitu, posting beliau kali ini mendapat perhatian YB KJ dengan bertindak meningalkan satu komen yang panjang mejawab dakwaan oleh bekas Perdana Menteri Maaysia itu

Menyedari komen balas dari YB KJ, Najib Razak sekali lagi memuat naik satu posting menjawab penjelasan yang diberikan oleh YB KJ

Najib Razak B4las Balik..

Seperti Menteri Sains KJ, harapan saya juga adalah untuk Malaysia mencapai imun1ti kelompok dan bebas C0.vid secepat mungkin dengan kejayaan Pelan Imun1sasi negara.

KJ sangkal posting saya semalam bahawa kadar pemberian vaks1n negara patut dipercepatkan dengan memberi perbandingan di mana kadar pemberian vaks1n Malaysia (12,797 dos sehari) adalah lebih tinggi berbanding Singapura (9,906 sehari).

Namun realitinya ialah jumlah penduduk Malaysia adalah hampir 7 kali ganda saiz Singapura dan mereka telah memulakan pelan vaks1nasi mereka lebih awal berbanding Malaysia.

Sebab itu, 6.6% penduduk Singapura telah menerima dos pertama dan 3.8% penduduk menerima dos kedua manakala hanya 0.5% penduduk Malaysia terima dos pertama dan tiada seorang yang menerima dos kedua.

Keutamaan kerajaan ialah BILA negara mampu mencapai imun1ti kel0mpok dan bebas C0.vid.

Keutamaan kerajaan bukan untuk bangga bahawa jumlah dos sehari diberi adalah 28% lebih tinggi berbanding negara yang 7 kali lebih kecil saiz penduduknya.

Bagi negara-negara lebih besar, negara jiran Indonesia telah memberi 4,534,798 dos bersamaan dengan 1.3% penduduk terima dos pertama dan 0.4% terima dos pertama. Pada ketika ini, kadar pemberian Indonesia (228,433 dos sehari) pula lebih tinggi berbanding Malaysia (12,797 dos).

Setakat semalam, negara UK dan negara Amerika Syarikat telah mencapai 33.8% dan 28.22% penduduk diberi dos pertama. Sebab itu, KJ patut terima baik kebimbangan ini bahawa kadar vaks1nasi perlu dipercepatkan serta terima kr1tikan pakar bahawa mungkin tidak dapat mencapai kadar 150,000 dos sehari tanpa penglibatan swasta awam.

KJ juga juga men4fikan kerajaan melakukan pusingan U dalam pembabitan klinik serta h0sp1tal swasta bagi Program Imun1sasi C0.VID-19 Kebangsaan, sebaliknya berkata, perkara itu sudah dirancang dan dinyatakan dalam buku panduan pelalian manakala kerajaan juga tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta mahu mendapatkan bekalan vaks1n daripada mana-mana pengeluar.

Sebenarnya ini tidak ditulis dengan jelas dalam buku panduan tersebut. Sebab itu, ramai persatuan kes1hatan dan pakar perubatan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan sejak vaks1nasi bermula untuk menyeru kerajaan melibatkan pihak swasta dalam pelan vaks1nasi negara termasuk kenyataan dari Persatuan h0sp1tal Swasta Malaysia (APHM) semalam yang sekali lagi suruh kerajaan membenarkan pihak swasta untuk mendapat bekalan vaks1n .

“Menyambut baik langkah itu, Kuljit, bagaimanapun menggesa kerajaan mempercepat proses itu dengan membenarkan penyedia perkhidmatan penjagaan kes1hatan swasta mendapatkan vaks1n yang diluluskan NPRA mereka sendiri.”

“9 Mac 2021: Vaks1nasi bukan pertandingan, biar h0sp1tal swasta buat kerja mereka, kata APHM”

https://www.freemalaysiatoday.com/…/vaks1nasi-bukan…/

Jika bukan U-turn, takde lah persatuan itu menyambut baik langkah diumum kerajaan dua hari lalu untuk melibatkan pihak swasta. Dan jika pihak swasta memang dibenarkan untuk membeli vaks1n dari dulu lagi, kenapa pula Timbalan Menteri KJ keluarkan kenyataan 4 hari dahulu bahawa kerajaan perlu mem0nopoli segala pembelian vaks1n sehingga mencapai tahap 80% penduduk divaks1nasi?

“The limited global supply of C0.vid-19 vaccines has made it necessary for the government to monop0lise vaccine purchase to ensure the success of the National C0.vid-19 Immunisation Programme, said Deputy Minister of Science, Technology and Innovation Datuk Ahmad Amzad Hashim.”

https://www.malaymail.com/…/private-sector-may…/1955484

Sebab itu, kerajaan perlu mengumumkan secara jelas bahawa klinik-klinik swasta seluruh negara dibenarkan untuk memberi vaks1n dan pihak swasta dibenarkan untuk membeli vaks1n sendiri selagi jenama vaks1n tersebut diluluskan kerajaan agar kekel1ruan tidak berpanjangan dan persatuan-persatuan serta pakar kes1hatan tidak lagi mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk seru kerajaan melibatkan pihak swasta lagi.

KJ juga kata kerajaan tetap dengan sasaran untuk mencapai kadar 160,000 dos sehari apabila Fasa kedua pelan vaks1nasi dimulakan. (Sebelum semalam, KJ kata sasaran ini ialah 150,000 dos tetapi mungkin sasaran telah dinaikkan ke 160,000 dos)

Namun bila kita buat matem4tik mudah, negara hanya akan mencapai tahap 80% penduduk diberi vaks1n dalam tempoh masa setahun lagi JIKA kadar 160,000 dos sehari ini tercapai.

Adakah Malaysia patut tunggu sehingga bulan Mac tahun 2022 untuk mencapai imun1ti kelompok supaya sek4tan rentas negeri boleh ditar1k balik seperti diumumkan KP Kes1hatan hari itu?

Komen Netizen

KJ Masuk Komen Sampai Dapat 5.1K Like

Hantaran  Najib semalam mendapat balasan komen dari YB KJ. Setakat artikal ini ditulis, komen tersebut telah mendapat 5.1 ribu tanda suka dan mendapat 806 maklum balas dari netizan

“Salam Dato’ Sri. Terima kasih kerana sering menyentuh soal vaksinasi COVID-19. Tapi ada beberapa perkara yang ingin saya jawab disebabkan ada kesalahan fakta dalam post Dato’ Sri ini.
– Kadar suntikan

Untuk makluman Dato’ Sri dan semua pembaca, lebih 90% kumpulan penerima vaksin Fasa 1 adalah terdiri daripada petugas barisan hadapan. Kumpulan ini terikat dengan tugas hakiki mereka seperti kakitangan kesihatan, polis dan tentera. Justeru, pemberian vaksin kepada golongan ini perlu diberikan secara berperingkat bagi memastikan tugasan hakiki kumpulan ini tidak terganggu.

Jangkaan sehingga 160,000 dos vaksinasi sehari adalah untuk Fasa 2 dan 3 apabila lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin dan jumlah vaksinator ditambah dalam fasa ini.

Seperti yang saya umumkan sebelum ini, kita akan menerima sekitar satu juta dos vaksin sahaja pada suku pertama tahun ini. Kadar suntikan akan meningkat apabila masuk suku kedua 2021 apabila lebih banyak jenis vaksin diluluskan NPRA dan penghantaran vaksin daripada pembekal akan menjadi lebih kerap.

Jumlah 160,000 ini juga mampu dicapai apabila beberapa kumpulan yang telah membentuk kluster sebelum ini turut diberikan vaksin seperti kluster penjara dan banduan serta kluster tempat kerja.

– Perbandingan negara

Sehingga 1 Mac 2021, jumlah dos vaksin yang telah diberikan di Singapura adalah sebanyak 525,039. Singapura telah memulakan program vaksinasi mereka pada 8 Januari. Secara purata, untuk tempoh 53 hari daripada hari pertama sehingga 1 Mac, jumlah dos yang diberikan di Singapura adalah sebanyak 9,906 sehari.

Manakala untuk Malaysia, sehingga semalam, sejumlah 166,363 dos sudah diberikan. Ini menjadikan purata dos diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24

Februari lalu (13 hari sehingga semalam – bukanlah 3 minggu seperti yang Dato’ Sri tulis) adalah sebanyak 12,797 dos sehari.

Jadi perbandingan yang dibuat Dato’ Sri adalah tidak adil apabila tidak mengambilkira jumlah hari program vaksinasi telah berlangsung. Jika mengambil kira jumlah hari, ternyata purata harian vaksinasi di Malaysia adalah lebih tinggi daripada Singapura.

– U-Turn Penglibatan Klinik/Hospital Swasta

Untuk makluman Dato’ Sri, kerajaan tidak pernah membuat u-turn apabila pengumuman penglibatan pihak swasta dibuat semalam.

Daripada awal lagi, PICK telah merancang untuk melibatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Ini turut dinyatakan dalam buku panduan PICK. Mungkin Dato’ Sri belum membaca sampai habis buku panduan ini.

Saya juga telah menyatakan perkara ini berulangkali sama ada menerusi program penerangan, siaran akhbar mahupun ketika sidang media. Dato’ Sri boleh Google jika Dato’ Sri ada terlepas pandang.

– Pembelian Vaksin oleh Pihak Swasta

Kerajaan juga tidak pernah menghalang sekiranya ada pihak swasta hendak mendapatkan bekalan vaksin daripada mana-mana pengeluar. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kebanyakan pengeluar vaksin hanya mengadakan rundingan bersama pihak kerajaan.

Saya juga ingin menyatakan, apa-apa jenis vaksin yang hendak digunakan di Malaysia perlu mendapat kelulusan NPRA. Saya difahamkan, sehingga kini tiada permohonan telah diterima oleh

NPRA daripada pihak swasta untuk mendaftarkan apa-apa jenis vaksin.

– Pemberian vaksin secara pandu lalu

Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) ketika ini sedang mempertimbang kertas kerja pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Akademi Sains

Malaysia (ASM). Jadi jangan khuatir, perancangan ini sememangnya telah ada. Cumanya ia perlu diberi perincian tertamanya dalam soal logistik dan kesan AEFI memandangkan setiap vaksin

COVID-19 mempunyai protokol pengendalian yang berbeza-beza.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri. Semoga jawapan yang saya sertakan ini membantu menambah pemahaman Dato’ Sri tentang pelaksanaan PICK. Saya juga akan mengadakan suatu taklimat khas berkenaan PICK kepada Ahli Parlimen tidak lama lagi. Jemputan akan diedarkan dan saya berharap Dato’ Sri dapat hadir pada sesi taklimat itu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *