Hiburan

Khairul Aming Berjaya Capai RM1 Juta Jualan, Sekali Netizen Sindir Dr Azizan

Rasanya tidak perlu lagi untuk memperkenalkan nama personaliti media sosial yang popular dengan video-video masakan yang mudah dan sedap iaitu Khairul Aming dengan tagline “Hey What’s Up Guys”.

Setiap video yang di muat naik, pasti mencecah lebih ratus ribu dan juta tontonan, itulah penangan seorang “Khairul Aming”.

Bagi yang mengikuti beliau di media sosial pasti tahu bahawa beliau kini sedang mengusahakan satu produk makanan yang diberi nama Sambal Nyet yang sentiasa sold out setiap kali di restock kurang 1 minit.

Berkongsi kejayaan jualannya, Khairul meluahkan kegembiraan di laman Twitter apabila beliau telah berjaya mencapai jualan sebanyak 1 juta ringgit selepas 3 bulan berhempas pulas menghasilkan produk sambal tersebut!

https://twitter.com/khairulaming/status/1384850266793594880?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1384850266793594880%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.hotfm.com.my%2Fhotviral-tak-flex-kereta-mewah-atau-guna-publisiti-murahan-netizen-kagum-khairul-aming-capai-rm1-juta-jualan-sambal%2F

Jika dilihat di bebenang ciapan tersebut, beliau ada berkongsikan sejarah perjalanan dan bagaimana beliau menghadapi segala isu berkaitan produk sambal itu.

Nampaknya hasil perkongsian tersebut, ramai yang salute dan kagum dengan usaha anak muda ini yang dilihat tidak pernah patah semangat dan sentiasa merendah diri dengan apa yang dimilikinya ketika ini.

Lihat respon-respon netizen di Twitter :

Banyak komen-komen positif yang dilontarkan, Khairul turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan terhadapnya.

“I want to thank all of you, thank you so so much for your support, it’s been a long journey and i’m happy and grateful to be where i am today. this is for you mama and abah, thank you for believing me to pursue my passion” tulis Khairul Aming

Netizan Perli Dr Azizan di Twitter

Dalam pada itu, terdapat netizan yang menyindir pakar pemasaran terkenal Dr Azizan kerana walaupun Khairul Aming tidak mengikuti mana-mana kelas atau seminar anjuran Dr Azizan, tapi belia masih mampu untuk berjaya seperti usahawan-usahwan yang lain

Tidak berdiam diri dengan sindiran tersebut, Dr Azizan tampil menyenaraikan kejayaan usahwan anak didik beliau di halaman facebook

Kami sahut!

Memang tak perlu pergi kelas. Dah pandai kan? Dah kaya kan?

Mungkin ini salah kami sebab tak tunjukkan cukup results sebab kami sibuk bantu lebih 400,000 usahawan yg terkesan sepanjang Covid-19.

Kami respons reaction Netizen di Twitter. Alhamdulillah, ini Results RichWorks;

Tak ramai pun, tapi kali ni kami kongsikan 5 sahaja dulu. Mungkin mereka tak popular, tapi mereka jana sales dan bantu ramai orang dengan wujudkan peluang pekerjaan, bayar cukai dan bayar zakat.

1. Pertama sekali bisnes Popcorn jer. Tuan Mohamad Shazarul Pemilik Eng’s Popcorn, 23 tahun, tapi jualan dah cecah 7 angka. Hebat ke hebat? Sales beliau bulan Februari 2021? RM1.2 juta

2. Kedua Che Sukma Ayu, agak-agak bisnes apa? Che Sukma Ayu, Dropship Circle Sabella kini miliki 1800 ahli Dropship! Sales bulan March? RM1.6 juta

3. Bisnes ni lain sikit. Puan Catherine Qpack pemilik Qpack. Sales beliau? Bulan Februari 2021 sahaja cecah RM1 juta sebulan!

4. Yang ni Power tapi bisnes baju kurung jer. Tuan Ruhil Amal, Founder by Reefa, dari Pensyarah universiti awam, pemuda ini sanggup tinggalkan kerjaya sebab nak jual baju kurung! Sales bulan March ni RM2.6 juta!

5. Akhir sekali paling kesian, kami tipu sampai beliau capai RM2 juta sebulan. Dulu bekas penjawat awam kini Pengasas Hedy’s International Sdn Bhd. Puan Nor Hedayah Kaulan jual kuih batang buruk jer!

5 cukup tak? Tak cukup kami tambah lagi 

“Aku Tak Nak Keluar Bilik Sebab Hilang Privasi,” – Raih Populariti Luar Biasa, Khairul Aming Kongsi Realiti Sebenar

Instafamous yang terkenal dengan perkongsian video masakan, Khairul Aming mengakui populariti luar biasa yang diraihnya ketika ini sedikit sebanyak telah memberikan impak negatif di dalam hidupnya.

Jelas Khairul, semenjak namanya mula dikenali ramai pada tahun 2018, dia merasakan privasinya sudah mula hilang dan segala tindak tanduknya sering kali menjadi perhatian.

Bagaimanapun, jejaka berusia 29 tahun ini tetap mengakui dia amat meminati dengan setiap perkara yang sedang dia lakukan ketika ini.

“Today I want to share with you what is it like to live with high expectations from public. fame can be rewarding and toxic at the same time. Aku suka apa aku buat.

“Effort buat video time sekolah dulu sama dengan effort aku hari ni, walaupun dulu hanya satu classroom je yang tengok video tu.

“However after my videos blew up in 2018, my privacy dah mula hilang dari situ. What I say, how I behave, who I’m friend with, semuanya di nilai kiri kanan. To the point sampai aku taknak keluar bilik because serabut dengan kehilangan privacy,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Khairul yang kini memiliki jumlah pengikut di Instagram seramai tiga juta itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter miliknya.

Katanya lagi, setelah beberapa tahun menghasilkan pelbagai video resepi, Khairul turut mendedahkan ada kalanya dia juga berasa agak tertekan lebih-lebih lagi untuk memenuhi expektasi orang luar terhadap dirinya.

“Year by year the expectations grew a lot more. I read tweets about myself, about my business, and tbh aku sendiri segan nak baca. Aku takut one day I can’t live up to your expectations.

“I’m just a normal guy, datang dari normal family, and I love what i’m doing. But I also have flaws yang orang tak tahu, I made mistakes and will make more in the future. some people are waiting for me to make mistakes and I totally understand that,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khairul turut menasihatkan sesiapa sahaja yang ingin mengikut jejak langkahnya, individu berkenaan hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal.

“If you are planning to pursue the same route, just be reminded that fame is not always sweet and glory. It can be damaging if you don’t know how to handle it.

“Stay as who you are, but try to be better each day. Have a good night everyone and inshaAllah esok kita jumpa lagi,” akhirinya.

Sumber: Twitter Khairul Aming

Wah bukan semua orang mampu lakukan seperti Khairul tau, perlukan usaha dan semangat yang berterusan.

Kami mendoakan semoga bisnes beliau terus maju, Amin!

Sumber : Twitter Khairul Aming

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *