Hiburan

Bergambar Dgn Wanita S3ksi, PU Amin Jelaskan Kenapa Dia Sanggup Buat Begitu

Bergambar bersama dua wanita s.eksi menampakkan a.urat di bulan Ramadan, Penc.etus Ummah (PU) Amin, 31, menganggap perkara tersebut tidak ada salahnya memandangkan dirinya bukan sedang berp.elukan atau meny.entuh wanita-wanita tersebut.

Menurut Amin, dia juga sedar gambar yang dirakam oleh individu tertentu pada malam Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu akan dimuat naik dalam media sosial dan seperti diduga akan mendapat k.ecaman orang ramai.

Tampil membuat penjelasan, menurut PU Amin ,kerja-kerja dakwah perlu diteruskan tidak kira kepada mana gologan dan tempat. Beriktu catatan terbaru PU Amin di laman IG rasmi beliau

“Dakwah mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Dari dewan masjid surau hinggalah ke lorong lorong, kelab malam, dan pusat pusat kumpul mereka.

“Lantang, tegas dan garang di Media sosial tak mencukupi, kita wajib turun berdepan dan menyampaikan dakwah pada mereka walau satu ayat. Saya dah buat cara tegas, maka kali ini kita guna cara santun dan berdepan. Kita bukan sekadar keybord warrior.

“Inspirasi ini saya ambil dari Al Fadhil Kekanda Ustaz Ebit Lew. Tidak pelik, sebab sejak 2019 beliau dah turun berjumpa berdepan mereka. Waktu tu pun Ustaz Ebit Lew teruk kena kec4m. Tapi hasil nya ramai pond4n makny4h g4y lesbian pel4cur bertaubat.

“Saya buat perkara yang sama untuk mengajak mereka ke Syurga walau saya belum tentu ahli syurga. Kita lakukan dakwah ini untuk anak keturunan kita. Kalau kita tak mulakan dakwah ini maka hancurlah generasi kita.

“Kita sama sekali tak pernah menyokong dan merestui kerja buat mereka. Namun, teguran secara berdepan, berunding, menyantuni agar kembali ke pangkal jalan sangat dituntut dalam islam.

“Maafkan saya atas isu yang berlaku. Ramadhan tak patut dihiasi dengan caci m4ki yang bu,ruk. Saya bersyukur, ujian jni buat saya lebih bersemangat untuk turun berdakwah bertemu masyarakat.

“Maafkan saya, terima kasih.

PU Amin Tanggung M4lu, Instafamous Belum Padam Gambar Se.ksi

Instafamous Nadira Isaac masih belum memadamkan foto seksinya bersama pendakwah bebas, PU Amin yang dirakamkan ketika menghadiri sebuah acara pada Sabtu lalu.
Memetik kenyataan PU Amin di Facebook pada Isnin, dia merayu kepada wanita terbabit agar memadamkan foto bersamanya yang dimuat naik di Instagram.

“Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya,” tulis PU Amin.
Bagaimanapun, menerusi Instagram Stories, Nadira memohon maaf ekoran gambar terbabit telah tular di media sosial.

“Maaf atas fitnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana, tidak sangka pula viral,” tulisnya ringkas.

Mengimbas semula situasi sebenar yang berlaku pada majlis terbabit, kata PU Amin dia hanya dijemput untuk membacakan doa dan niatnya demi menyebarkan dakwah dengan cara turun padang.


“Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnahnya besar tetapi kalau bukan waktu itu, bila lagi hendak tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini.

“Saya mohon maaf jika perbuatan saya mengambil gambar itu satu perkara yang memalukan dan mengaibkan.

“Selepas berbuka puasa, saya terus menunaikan solat Maghrib namun, selepas itu saya memang bergegas nak pulang sebab bertugas di masjid berdekatan.

“Penganjur minta nak bergambar. Saya raikan, kerana mahu segera untuk pulang namun, tidak sangka pihak penganjur viralkan foto tersebut tanpa mengetahui tujuannya.

“Akhirnya teruk saya dihentam, difitnah dan dicaci maki pada hari ini. Ramadan baru dalam fasa pertama, namun ujian berat bagi saya,” katanya.
Sementara itu, menjelaskan lebih lanjut kepada Utusan Online, kata PU Amin lagi dia tidak menyangka foto tersebut dimanipulasi oleh segelintir pihak hingga menimbulkan aib.

“Betul, pakaian mereka tidak menutup aurat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli neraka’? Samalah juga jika ada golongan mak nyah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?

“Orang perli dan sindir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka marah pula?
“Pula itu, ada kalangan warganet yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbalahan parti politik pula,” jelasnya yang turut berbincang dengan isterinya sebelum menghadiri majlis berkenaan.

Malah, PU Amin turut menyampaikan tazkirah kepada tetamu yang hadir dan menyentuh mengenai pematuhan pakaian, sensitiviti bulan Ramadan dan keampunan Allah yang disambut baik oleh semua yang hadir.

Meninjau ruangan komen di Instagram Nadira sehingga artikel ini ditulis, netizen terus menempelak tindakan pengasas produk itu yang tidak sensitif terhadap cara pemakaian di bulan Ramadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *