Hiburan

Dituduh ‘jual’ wajah adik sendiri, ini penjekasan Asyraf Khalid

KETIKA penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan kelahiran cahaya mata kedua pada pagi Isnin, ada juga cerita kurang enak apabila anak tirinya, Asyraf Khalid menerima kecaman netizen.

Asyraf dan isteri, Tya Ariffin dituduh sengaja mencuri perhatian dan ‘mempergunakan’ kelahiran anak kedua Siti itu bagi menarik tontonan video di saluran YouTube milik mereka.

Rata-rata netizen di Twitter meluahkan kekesalan dan berpendapat pendedahan wajah bayi itu hanya berhak dilakukan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Seorang netizen di laman Twitter, @Aimimiloma menyifatkan tindakan Asyraf itu sebagai tidak beradab.

Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini.

“Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti (Siti Nurhaliza) pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.

“Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout (perhatian) macam mana pun tak tahulah,” kata netizen tersebut.


Asyraf menjawab pertanyaan daripada netizen.

Sementara itu, ketika ditanya seorang pengikutnya di laman Instagram, Asyraf menyatakan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar bayi itu di platform media sosialnya.

“Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini,” katanya ringkas.


Siti akan umumkan nama anak lelakinya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, nama Asyraf juga pernah dikecam apabila dia terlebih dahulu membuka akaun laman Instagram anak pertama Siti, Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan pada 2018.

Siti selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Video vlog yang dikongsikan Tya di laman YouTube itu baru saja dimuat naik dua jam yang lalu telah cecah 14 ribu tontonan. Menerusi perkongsian dari Tya dan Asyraf, penyanyi lagu Cindai itu melahirkan anak kedua melalui kaedah pembedahan dan ini juga pembedahan kedua bagi kelahiran anaknya.

Kelahiran anak lelaki kedua itu turut dihadiri oleh ibu kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K sendiri.

Mak Iti bersalin dah

Video ringkas berdurasi 4:50 minit turut menyaksikan rata-rata ahli keluarga merakamkan foto dan video dalam telefon masing-masing sebagai kenangan manis buat mereka. Tahniah TokTi atas kelahiran anak kedua!

Moga Allah permudahkan Mak Iti besarkan adik – Asyraf Khalid

KUALA LUMPUR: Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana ibunya telahselamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi.

“Alhamdulillah pagi tadi saya terima seorang lagi adik lelaki. Alhamdulillah, bayi sihat dan segalanya nampak baik. Tahniah ayah dan Mak Iti. Syukur segalanya telah berjalan lancar buat Mak Iti.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan Mak Iti dan ayah untuk membesarkan bayi yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti kepada agama kita, keluarga kita dan seluruh umat Muhammad,” coret Asyraf menerusi Instagram miliknya.

Menariknya, anak ketiga daripada lima adik-beradik itu turut berkongsi video rakaman saat-saat manis menerima ahli keluarga baharu.

Menerusi video pendek itu dapat disaksikan terpancar kegembiraan pada wajah ahli anggota keluarga yang berada di hospital ketika menyambut adik kepada puteri sulung Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah. Terakam juga momen Asyraf mengusap adik lelakinya sebagai tanda sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *