Uncategorized

Kerana Belon Pan4s, Sharnaaz ‘W4rning’ Shukri Yahya Jangan Sebut Pasal Belon Lagi

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai pelakon kacak, Shukri Yahya bergurau di IG Live ingin membawa bekas suami Noor Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad menaiki belon udara panas.

Terbaru, Sharnaaz dilihat sekali lagi melakukan IG Live bersama Shukri Yahya. Dalam live kali ini, Sharnaaz memberitahu Shukri bahawa sekiranya dia tidak dapat berjumpa dengan Jebat selepas ini, ini semua berpunca daripada gurauan mereka baru-baru ini.

Hari tu jadi kacau bilau tau mat. Sebab hang cakap benda tu. Tak ada la kacau sangat. Aku rasa macam h4ram ja*** juga. Aku takut nanti Nabila tak bagi aku jumpa Jebat. Ni semua sebab hang la. Hang la pi cakap pasal belon. Padahal dia yang start, aku yang kena.

Menerusi minit yang ke 11, Sharnaaz meluahkan rasa risau sekiranya bekas isterinya tidak memberi keizinan buatnya untuk berjumpa dengan Jebat selepas ini. Tambahnya, gurauan sahabat baiknya itu mungkin menjadi punca sekiranya hal tersebut berlaku.

Difahamkan, sedutan video yang lalu menunjukkan Shukri Yahya dengan nada bergurau memberitahu bahawa dia kononnya ingin membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas.

Tidak terhenti di situ, Sharnaaz pun melayankan sahaja gurauan tersebut sambil bertanya kepada Shukri sama ada mahu memeluknya juga atau pun tidak.

Di samping itu, Sharnaaz turut menunjukkan reaksi geli dengan adegan tersebut. Meskipun mereka tidak menyebut nama mana-mana individu tetapi kebanyakan netizen seakan sudah tahu siapakah gerangan yang mereka maksudkan.

Hang pi mana merentas negeri ka lama sangat. Urusan bisnes ka? Siapa start dulu, hang tengok siapa start dulu. Hang ingat semua sebelah rumah. Aku ada urusan kerja sambil-sambil tu menyelam la.

Selain berseloroh mengenai ‘belon panas’, Shukri Yahya turut bergurau dengan Sharnaaz mengenai isu merentas negeri. Ini kerana, Sharnaaz mengambil masa yang agak lama untuk menghantar produknya kepada pelanggan.

Jelas Sharnaaz, bukan semua rumah pelanggannya tinggal berhampiran. Sambil ketawa, dia turut bergurau dan memberitahu yang dia mempunyai urusan kerja sambil menyelam.

Terbaru, Sharnaaz dilihat membawa Jebat Jayden untuk bersiar-siar dan bermain di taman permainan. Namun, pelakon tersebut turut memuat naik satu posting di mana dia kena m4rah dengan ‘mami’. Rata-rata netizen mendakwa ‘mami’ itu dirujuk kepada teman wanita Sharnaaz?

Isu belon udara panas

Terdahulu tular pula satu video rakaman IG Live Sharnaaz Ahmad dengan rakannya yang juga pelakon terkenal, Shukri Yahaya yang bergurau mengenai belon udara panas.

Menerusi rakaman yang dimuat naik kembali oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @mohdafeef_, Shukri berseloroh mahu membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas sambil memeluknya.

Gurau bapak2

Gurauan tersebut disambut dengan wajah geli dari Sharnaaz dan respon mencuit hati daripada warganet yang meninggalkan komen di ruangan IG Live tersebut.

Kemain perli dia

Menjengah ke ruangan TokTok berkenaan, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terhibur mendengar celoteh mereka berdua.

Memasing tingtong Sedih pun steady gelak2

Paling win kena perli Yang mana tak faham tu terangkan sat

Sharnaaz serta Shukri sememangnya kerap melakukan IG Live bersama dengan bersembang sesama mereka dan turut menyapa peminat yang meninggal komen diruangan tersebut.

Umum sedia tahu bahawa Sharnaaz merupakan bekas suami kepada Noor Nabila yang sudah berkahwin dengan Engku Emran pada dau minggu lalu.

Walaupun sudah berpisah, pelakon lelaki tersebut tetap mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya dan mengucapkan selamat pengantin baru buat Noor Nabila dan Engku Emran.

Pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran pagi tadi menjadi bualan hangat netizen. Walaupun kedua-dua mempelai ini bukanlah selebriti, namun masing-masing mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Terbaru, syarikat belon panas akhirnya kongsi foto lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila yang telah disimpan sejak sekian lama. Sweetnya sampai atas awan melamar!

Sumber: Sharnaaz Ahmad

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *