Hiburan

Kena Tegur Cvri Besen Nonny, Sekali Fadzil Zahari Balas Balik “Takda Nama Sesiapa Pun”

Ramai yang terkejut dengan tindakan pelakon Nonny Nadirah memuat naik dua video wanita seksi di Instagramnya baru-baru ini.

Pertama, Nonny berkongsi video wanita berseluar pendek dan memakai visor dan terbaharu aksi seorang wanita yang berendam di dalam tong air.

Tindakan Nonny itu mengundang kekecewaan serta kritikan ramai di media sosial.

Bagaimanapun, aksi pelakon Fadzil Zahari berkongsi foto suntingannya bersama isteri, Yana Samsudin di dalam tong air mirip milik Nonny mengundang perhatian ramai.

Tulis Fadzil; “Nak romantik di pantai tak boleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri.”

Rata-ratanya terhibur malah ada yang mengaitkan aksi suntingan foto berkenaan seakan-akan sama dengan Nonny.

“Curi besen Nonny ke tew,” tulis seorang pengguna.

“Kesian Nonny maybe gambar dia tu semua superimpose je. Didoakan semoga dia tabah dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan,” tambah pengguna lain.

“Kalau Nonny tengok ni, mesti dia delete dia punya IG,” sahut pengguna lain pula.

“Berendam ni lepas Nonny ke sebelum?” soal individu lain berseloroh.

“Perli habis tu,” kata pengguna lain.

“Bikin line panas,” tambah individu lain pula.

“Kat Mana Gambar Ni Meng4ibkan? Takda Nama Sesiapa Pun,” -‘Up’ Foto Berendam Dengan Isteri, Fadzil Zahari Nafi Posting Bersifat Perli

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fadzil Zahari menerusi laman Instagram miliknya.

Foto yang telah disunting itu memaparkan Fadzil bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin sedang berendam di dalam sebuah besen berisi air.

“Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri,” tulisnya.

Lantaran itu, foto tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak malah ada juga yang mendakwa Fadzil seperti mahu mempersenda rakan artis, Nonny Nadhirah yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi gara-gara foto berendamnya di Instagram.

“Kesian Nonny maybe gambar dia tu semua superimpose je. Didoakan semoga dia tabah dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang individu.

“Benda tak lawak bro. Padam la,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Kalau Nonny tengok mesti dia delete dia punya IG,” respon seorang individu.

Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Fadzil dilihat ada memberikan reaksi balasnya berhubung dakwaan tersebut di ruangan komen.

Jelasnya, foto tersebut bukanlah bertujuan untuk mengaibkan malah dia juga tidak menyebut nama mana-mana pihak.

“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesiapa pun dalam gambar ni.

“Takda nama sesiapa pun kat sini,” jelasnya lagi.

Respon tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada netizen.

Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah sering kali menjadi perhatian selepas beberapa foto seksi yang melibatkan bekas bintang Akedemi Fantasia musim ke-5 ini tular di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung isu perubahan drastik itu.

Malah, rakan-rakan artis juga turut menzahirkan rasa khuatir selain turut berharap agar Nonny berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Instagram Fadzil Zahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *