Uncategorized

“Bukan pegawai polis Perak” Identiti Sebenar Suami Serina didedahkan

IPOH – Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dengan isu kontr0versi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan, tidak bertugas di Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) kontinjen itu.

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.

“Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Pencegahan Jen4yah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, dalam situasi itu, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua dari jabatan.

Namun katanya, beliau difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada siasatan (bentuk hukuman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terbabit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.

Dakwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu di mana dia pula diceraikan lelaki itu pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu kerana mendakwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Saya sedia bertanggungjawab – suami Serina Redzuawan

KUALA LUMPUR: Suami Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid yang juga pegawai polis bertugas di Perlis, sedia bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) negeri itu berhubung isu permohonan bernikah kali kedua.

Aidid mengaku sedang disiasat JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina yang juga anak Chef Wan.

“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran.

Aidid mengulas kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang dilaporkan menyerahkan siasatan kes membabitkan Aidid dalam isu permohonan berkahwin kali kedua dengan Serina, kepada JIPS Perlis.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, Aidid sudah bertukar ke bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan Nur Hamizah menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.

Aidid mendakwa, hubungan dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.

“Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan.

“Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

“Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.

“Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu,” katanya.

Aidid turut menjelaskan bekas isteri yang membuat tuntutan cerai.

“Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami,” katanya.

Aidid berkata, dia hanya mahu hidup bahagia dengan Serina dan dua anak tirinya.

“Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya.

“Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu.

“Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.

“Saya juga menghormati komen bapa mentua (Chef Wan). Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri.

“Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik,” katanya.

Jumaat lalu, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman Instagram (IG). Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahannya.

Reaksi Chef Wan atau nama sebenar, Datuk Redzuawan Ismail yang mendakwa patah hati atas pernikahan anaknya ketika menantu masih suami orang, menghangatkan lagi kontroversi perkahwinan Serina.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *