Hiburan

Selepas sedar dibvru p0lis Pelakon MV jvdi raya tampil buat penjelasan “terdes4k cari duit”

SUSULAN kemarahan ramai berhubung video promosi aktiviti perju.dian dalam talian bertemakan sambutan Hari Raya yang tular di media sosial, tiga pelakon dalam video muzik (MV) berkenaan tampil membuka mulut.

Menerusi pertemuan secara eksklusif bersama mStar, ketiga-tiga model dan pelakon sambilan itu mendakwa diperdaya seorang ejen dengan alasan khidmat mereka diperlukan bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.

“Seorang ejen hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya MV Shoot March 2021’.

“Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia bagi mewakili jenama apa.

“Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak r4hsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon lelaki yang enggan dinamakan kepada mStar.

Saifullah memegang watak utama dalam video muzik berkenaan.

Untuk rekod penggambaran MV judi raya yang dibintangi lima individu beragama Islam terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu diadakan di Kampung Jawa di Hulu Langat, Selangor.

Penyebarannya secara meluas di media sosial mengundang kecaman ramai hingga mendorong polis membuka kertas si4satan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Si4satan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata video berdurasi dua minit satu saat itu jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Selain itu menurut pelakon yang memegang watak pembantu itu lagi, dia dan rakan-rakannya hanya menyedari mereka terlibat dalam sebuah iklan mempromosi ju.di pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.

Barisan pelakon dalam video muzik promosi ju.di.

“Kami desper4te, freelance macam kami terjej4s te.ruk (akibat C0vid-19).

“Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat.

“Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer,” katanya.

Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang… tidak!
Bagaimanapun tambah pemuda berusia 26 tahun itu lagi, dia menyes4l kerana tidak mempunyai keber4nian untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran.

“Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah ju.di.

“Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perju.dian.

“Saya menyes4l sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi p4nik, bukan saya je… kawan-kawan pun kena dan saya rasa bers4lah,” katanya.

Pelakon tidak mengetahui mereka digunakan untuk promosi perjudian dalam talian.

Sementara itu pelakon utama MV berkenaan iaitu, Saifullah Mohd Yunus, 24, berkata dia kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa meneruskan penggambaran kerana mahu bersikap profesional.

“Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang… tidak!

“Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang,” katanya.

Tambah Saifullah lagi, dia dan rakan-rakannya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis dalam isu berkenaan.

Kurang aj4r! Ashraf Muslim beng4ng iklan ju.di Aidilfitri ajak orang buat d0sa bulan Ramadan – “Kalau korang ni Islam menjawablah dengan Allah”

VIDEO iklan raya mempromosikan aktiviti perjudi4n yang tular sejak Khamis bukan sahaja mengundang kem4rahan segelintir netizen tetapi juga selebriti tempatan, Ashraf Muslim.

Berang dengan kandungan video tersebut, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, menganggap pihak yang terlibat dalam pembikinan iklan itu bi4dab kerana tidak menghormati bulan ramadan.

Malah pelakon berusia 40 tahun ini juga mempertikaikan tindakan barisan pelakon dalam video tersebut yang menyanyikan lagu Hari Raya Aidilfitri sebagai muzik latar iklan tersebut.

Ashraf turut memuat naik semula video tersebut.

“Kurang aj4r! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat d0sa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah.

“Tapi video yang korang tengok ni telah mer0sakkan bulan yang suci ini. Kurang aj4r la siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni fasal apa? Ju.di laa!

“Ju.di itu har4m! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu,” tulisnya di Instagram.

Kemunculan sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudi4n dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kec4man netizen gara-gara menyin.ggung sensiti.viti umat Islam.

Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.

Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Namun hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dip4damkan kerana mel4nggar garis panduan komuniti YouTube.

Dalam pada itu, Ashraf turut menjelaskan tujuan dia berkongsi video tersebut kerana ingin memberi kesedaran kepada masyarakat sekali gus menyel4r pihak syarikat tersebut yang berani mempromosikan iklan seperti itu.

“Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. lepas itu berani pula nak promosi macam ini. Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah.

“Aku post video ni bukan untuk korang main ju,di atau nak promosi perniagaan mereka tapi nak beritahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin mer0sakkan Islam secara halus.

“Dan media sosial adalah tempat yang mudah untuk mereka sampaikan. Video ni adalah j4hat sama sekali dan ini adalah s4lah!” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama siri Dia Menantu Rahsia ini juga memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap semua orang yang terlibat dalam video tersebut termasuk klien, produksi, pelakon dan kru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *