Hiburan

Rakan Culas Bayar Hutang. Sekali Dia Cetak Di Buku Yassin

Berdepan dengan rakan mahupun orang terdekat yang enggan membayar hutang ini memang menyakitkan hati. Niat kita cuma mahu membantu tapi kita pula dianiaya mereka! Geram bukan? Lebih menyakitkan hati, panggilan telefon tak diangkat dan disekat di Whatsapp.

Letak muka penghutang di muka hadapan buku Yasin

Tular di Indonesia, di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Jeanis Dealova menggunakan cara yang agak ‘extreme’ untuk meminta kembali duit yang dipinjam oleh rakannya. Akibat terlalu penat dengan helah si penghutang, dia telah mencetak buku surah Yasin dengan meletakkan gambar penghutang di muka hadapan buku tersebut. Gambar buku Yasin itu telah dimuat naik di Facebook berserta kapsyen bagi meminta orang ramai yang mengenali penghutang itu untuk mengembalikan wangnya.

Wanita itu juga turut mengirimkan buku Yasin tersebut kepada keluarga si penghutang bagi mendapatkan wangnya kembali. Namun, penghutang tersebut dipercayai meminjam duit kawannya kerana ingin membayar kos rawatan adiknya. Walau bagaimanapun, bila tiba waktu yang telah dijanjikan untuk membayar hutang, dia tidak membayar hutang malah menghilangkan diri. Jeanis juga mendakwa penghutang tersebut telah ‘block’ dirinya di semua media sosial.

Jika tak kena caranya… kawan baik pun boleh jadi musuh. Jadi kita mestilah bersikap profesional dan kreatif dalam menyelesaikan masalah hutang ini. Ini mungkin cara terbaik dan kreatif untuk anda cuba meminta hutang dari rakan anda..

1) Minta secara terus-terang melalui akaun sosial

Mungkin sebelum ini, anda pernah berterus-terang secara direct (lisan) meminta rakan anda membayar hutangnya, tapi dia tetap buat endah tak endah saja. Kali ini, apa kata anda gunakan media sosial seperti facebook untuk menuntut hutang dari kawan anda. Sebab sekarang ini kita hidup di zaman melenium, kalau ada ape-ape hal je, settle di status Facebook. Dia yang selama ini liat nak bayar hutang, mesti dengan lantangnya nak settle hutang dia..

Cara terbaik dan berkesan minta hutang

2) Secara berkias atau berseloroh

Tetapi jika anda masih rasa serba salah atau tak sampai hati, anda boleh gunakan cara berkias ketika minta kawan anda bayar hutangnya. Contohnya, dengan berpantun:

Cara terbaik dan berkesan minta hutang dari kawan

Atau lebih mesra lagi dengan….

Cara terbaik dan berkesan minta hutang dari kawan

3) Melalui selfie

Dua cara itu…(berterus terang/ berkias) masih membuatkan anda tidak sampai hati minta dia bayar hutangnya? Tak apa.. anda juga boleh gunakan cara yang kreatif iaitu dengan mengambil gambar selfie anda dengan muka sedih ditambah pula dengan caption menyayat hati.. Contohnya…

Sumber : Kumparan , Jeanis Dealova

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *