Hiburan

“Berani buat berani tanggung!” – Rupa2nya dari awal Chef Wan dah ‘warning’ suami Serina

PENGAKUAN suami kepada Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin mengenai perkahwinan mereka tidak diketahui bekas isteri pertamanya mendapat perhatian bapa aktres itu iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Chef Wan yang juga cef selebriti terkenal berkata, Aidid sepatutnya lebih awal berterus terang mengenai situasi sebenar agar tidak menimbulkan prasangka buruk seperti yang sedang berlaku sekarang.

“Akhirnya bekas suami buka mulut beritahu kebenaran. Sebab itu dari awal saya dah nasihat jangan bermain a.pi depan-depan dia di rumah saya.

Chef Wan berkongsi paparan skrin artikel mStar pada Isnin.

“Saya akan tahu semua ini secepat yang anda fikirkan. Saya lihat wajah dia dan berkata ‘tolong jangan tipu saya jika anda sudah bercerai atau tidak dengan isteri pertama’.

“Kalau anda tidak gembira dan tiba masa untuk teruskan hidup, saya faham tapi saya tidak mahu terlalu fikirkan masa lalu anda sebab ia bukan urusan saya untuk buat andaian atau bersangka buruk seperti orang di luar sedang lakukan,” tulisnya di Instagram pada Selasa.

Chef Wan turut memuat naik paparan skrin artikel mStar pada Isnin berhubung pengakuan Aidid mengenai status sebenarnya ketika berkahwin dengan Serina.

Menerusi artikel tersebut, Aidid mengaku berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun menafikan dakwaan bahawa Serina menjadi punca perceraiannya dengan bekas isteri pertama Nur Hamizah Shaffee, 34.

Sangat menarik bila terlalu ramai orang b0doh yang hanya pandai berkata-kata.

Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, cef terkenal berusia 63 tahun ini berharap apa yang terjadi kepada keluarganya itu dapat memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Itu sebab Allah suruh jadi bapa dan ibu kena bertanggungjawab fasal anak kita. Biarpun buat silap tetap kita mengaku silap! Pengajaran untuk semua! Tidak perlu sikit-sikit aibkan keluarga bapa mereka la.

“Sedangkan saya la mangsanya di sini dimakikan orang. Ya, saya cakap memang kasar! Untuk orang yang layak menerimanya. Berani buat berani tanggunglah. Biarlah berlaku jujur dan jika salah mohon sahaja maaf.

“Sangat menarik bila terlalu ramai orang bodoh yang hanya pandai berkata-kata. Tak kena batang hidung anak masing-masing senanglah cakap!

“Padahal berapa kali kita dengar cerita yang sama berulang kali mengenai lelaki yang nak kahwin isteri kedua atau ketiga pun sama cerita atau penipuan yang lebih kurang sama pada akhirnya mem4lukan kita sebagai ibu bapa,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Serina menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan dia sudah bernikah dengan Aidid namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara.

Kemudian, seorang wanita bernama Nur Hamizah muncul membuat pendedahan secara eksklusif kepada mStar pada Ahad lalu mengatakan dia diceraikan pada 9 Mac lalu dan Aidid masih bergelar suaminya yang sah ketika berkahwin dengan Serina.

Susulan itu, pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Suami Serina bukan pegawai polis Perak

IPOH – Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dengan isu kontroversi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan, tidak bertugas di Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jen4yah (JSJ) kontinjen itu.

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.

“Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Pencegahan Jen4yah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, dalam situasi itu, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua dari jabatan.

Namun katanya, beliau difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada siasatan (bentuk hukuman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terbabit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.

Dakwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu di mana dia pula diceraikan lelaki itu pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu kerana mendakwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *