Hiburan

“Mungkin Orang Bercakap Soal Peribadi Saja”-Giliran Datin Alyah Mula Bersuara Tentang Pu Riz

Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz.

Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.

Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.

“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.

“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga.

“Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.

“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.

“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.

“Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.

“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia.

“Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan.

Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini.

Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.

Kesal ada yang cemburu perkahwinan Neelofa dan PU Riz, Shahrulezad tegur netizen komen negatif bersihkan hati

BERITA perkahwinan pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz menjadi sebutan ramai sehingga trending di laman Twitter.

Selain ucapan tahniah, ada juga segelintir daripada mereka menulis komen negatif sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna media sosial yang lain.

Hal ini turut menarik perhatian pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang tidak beradab dalam menulis komen.

“Hari ni timeline abam (gelaran untuk dirinya) penuh dengan cerita pernikahan Lofa (nama panggilan Neelofa) dan PU Riz. Cantik pasangan pengantin. Tema majlis pun abam suka. All white. My all time favourite colour.

“Cuma yg tak berapa best bila baca komen komen yg ditinggalkan terutamanya dari netizen perempuan. Girls. Why so bitter and envy? Kalau tak suka pun dengan Lofa simpan jer dalam hati sambil cuba sorokkan sikit hati yg hitam tu.

“Chill. Hari ni kan hari bahagia dia. Tak salah kita sama-sama doakan kebahagian dia. Kalau korang tahu pula terhegeh-hegeh mintak semua org doakan kebahagian korang… kalau kebahagiaan orang lain siap tarik muka mencebik lagi. Tolong sorokkan sikit hati yang hitam berkarat tu,” katanya.

Shahrulezad menulis pandangannya itu menerusi Instagram pada Sabtu.

Tak salah pun kalau kita doakan kebahagian untuk orang yg kita tak suka. Mana tahu doa tu Allah kembali semula pada kita. Peace!

Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti.

Shahrulezad tegur netizen yang tulis komen negatif di media sosial.

Dalam pada, pengarah drama Takdir Yang Tertulis ini menasihati netizen berkenaan supaya berfikiran positif dan sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama manusia.

“Tak salah pun kalau kita doakan kebahagian untuk orang yg kita tak suka. Mana tahu doa tu Allah kembali semula pada kita. Peace!

“Apa-apa pun Abam nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru untuk Lofa dan pasangan. Semoga Allah memberikan keberkatan kebahagiaan kepada mempelai. Amin Ya Rabbal Amin,” ujarnya.

Perkongsian Shahrulezad itu menerima reaksi positif daripada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pandangan pengarah berusia 48 tahun itu.

Foto: Instagram Alyah, PU Riz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *