Hiburan

Kenderaan terbabas langgar tembok penghadang. Ini keadaan terkini Dato Nash

PENYANYI Datuk Nash terbabit k3mal4ngan di kilometer 250.8 (arah utara), Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira pukul 4 petang, Selasa.

Nash atau nama sebenar Jamaludin Elias, 62, mengalami kec3deraan di bahagian muka dan mengadu s44kit di dada dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kenderaan yang dinaiki mangsa jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas tanpa membabitkan kenderaan lain.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mngsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan.

“Lalu kenderaan itu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya,” katanya

Mohd. Said turut memaklumkan mangsa mengalami kecederaan serta luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun hanya mengalami kecederaan luka-luka ringan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sebelum itu, menerusi Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ada berkongsi foto maklumat mengenai kemalangan tersebut.

“Kemalangan yang berlaku petang tadi yang melibatkan lagenda rock tanah air Datuk Nash. Semoga sembuh kepada lagenda kita yang merupakan pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. APM Rembau terima kasih untuk tindakan pantas,” tulis pengendali akaun.

KEADAAN kenderaan yang dinaiki Nash remuk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan, Seremban, petang tadi. – IHSAN PEMBACA

Penyanyi Lejen Nash Sertai Tabligh, Tapi Dia Rasa Tak Selesa Bila Gamabr Beliau Tersebar

Penyanyi Datuk Nash tidak selesa apabila fotonya bersama jemaah tabligh tersebar menerusi media sosial hingga mencetuskan pelbagai spekulasi kurang enak dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata, penyertaan dalam kumpulan tabligh bukanlah perkara baharu, malah dirinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkannya kepada masyarakat.

Datuk Nash mempunyai alasan tersendiri tidak mendedahkan penyertaannya dalam kumpulan tabligh sejak beberapa tahun lalu

Takut Rasa Ujub

“Bagi saya, tidak perlulah tular foto berkenaan kerana saya sudah lama menyertai kumpulan tabligh sekitar empat hingga lima tahun lalu. Lagipun, saya tidak mahu cerita ini disebarkan kerana enggan menimbulkan rasa ujub atau riak dalam diri disebabkan berasakan diri lebih baik dari orang lain apabila kisah ini disensasikan.

“Perkara seperti ini tidak perlulah publisiti ataupun diperbesar-besarkan. Ia juga bukan sesuatu yang baharu kerana kebanyakan lagu yang saya nyanyikan berunsurkan ketuhanan seperti Ku Dihalaman Rindu, Seruan dan banyak lagi ketika masih bersama kumpulan Lefthanded lagi,” katanya kepada BH Online.

Datuk Nash mahu berdakwah sambil berhibur, jadi tiada kesalahan masih meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian. – NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Nash ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Sesuci Ramadhan, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Walaupun semakin aktif dalam kegiatan keagamaan, namun, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

“Perubahan ini bukanlah satu penghijrahan atau berkait dengannya, tetapi ia adalah satu tanggungjawab sebagai umat Islam. Tidak salah kita meneruskan kerjaya dalam bidang muzik, asalkan ia tidak memberi kemudaratan kepada peminat.

“Saya masih boleh berdakwah sambil menghibur,” jelas penyanyi berusia 61 tahun ini.

Mengulas kemunculan single Sesuci Ramadan, penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu berkata, niatnya hanyalah untuk memeriahkan sambutan Ramadan.

Saya sertai jemaah tabligh, bukan ajaran sesat – Datuk Nash – Utusan Digital

“Lagipun, kita tidak ada banyak karya berkonsepkan Ramadan. Sepatutnya, single ini dibuat sebulan sebelum bulan puasa, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ia lewat dirakamkan.

“Justeru, saya perlu menggunakan tempoh sebulan ini untuk mempromosikan single Sesuci Ramadan. Saya juga berharap single ini mampu menjadi malar segar dan terus diputarkan pada tahun akan datang,” ujar Nash optimis.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *