Hiburan

Dengar je bakal disiasat, Suami Serina mula bersuara. Dakwa perasaan dan kebajikan diri terabai berbulan2

K.ontroversi perkahwinan Serina Redzuawan dengan pegawai polis bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin memasuki episod baharu apabila suami kepada aktres itu tampil membuka mulut mengenai si.tuasi sebenar.

Biarpun mengakui berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun Aidid mena.fikan d.akwaan bahawa Serina menjadi punca percer.aiannya dengan bekas isteri Nur Hamizah Shaffee, 34.

Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama retak menunggu belah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu.

“Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama berm.asalah dan h.ambar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina bulan Februari lalu.

“Tapi Serina bukan punca kami berantakan. Benar ketika berkahwin kali kedua, dia masih isteri saya. Itu f.akta yang saya tak boleh na.fikan. Lagipun pada masa sama p.roses tuntutan c.erai di mahkamah memakan masa.

“Kami hanya berc.erai secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu itu,” kata Aidid menerusi satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Menerusi laporan eksklusif pada Ahad, Hamizah mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.

Menurut Hamizah, dia dice.raikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.

Pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas si.asatan yang diserahkan kepada Jabatan Int.egriti dan Pematuhan S.tandard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. MEOR MOHOMMAD AIDID SUAMI SERINA.

Berikutan lsu tersebut, Aidid memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung d.akwaan dia berkahwin kali kedua tanpa kebenaran.

“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis k.onon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab” ujarnya.

Sementara itu, Aidid juga berkata dia berasa k.ecewa dan ralat dengan d.akwaan bekas isteri pertamanya mengenai hubungan mereka tidak mempunyai sebarang m.asalah.

“Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.

“Selain rumah tangga berm.asalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan s.abar apabila isteri tidak mengh.ormatinya.

“Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan keb.ajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi s.aksi hidup ini macam orang bujang,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Serina, 38, menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan sudah bernikah dengan Aidid, 34, namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara itu.

Untuk r.ekod, Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan berc.erai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.

Saya sedia bertanggungjawab – suami Serina Redzuawan

KUALA LUMPUR: Suami Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid yang juga pegawai polis bertugas di Perlis, sedia bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) negeri itu berhubung isu permohonan bernikah kali kedua.

Aidid mengaku sedang disiasat JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina yang juga anak Chef Wan.

“Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran.

Aidid mengulas kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang dilaporkan menyerahkan siasatan kes membabitkan Aidid dalam isu permohonan berkahwin kali kedua dengan Serina, kepada JIPS Perlis.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, Aidid sudah bertukar ke bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan Nur Hamizah menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.

Aidid mendakwa, hubungan dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.

“Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan.

“Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

“Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.

“Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu,” katanya.

Aidid turut menjelaskan bekas isteri yang membuat tuntutan cerai.

“Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami,” katanya.

Aidid berkata, dia hanya mahu hidup bahagia dengan Serina dan dua anak tirinya.

“Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya.

“Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu.

“Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.

“Saya juga menghormati komen bapa mentua (Chef Wan). Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri.

“Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik,” katanya.

Jumaat lalu, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman Instagram (IG). Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahannya.

Reaksi Chef Wan atau nama sebenar, Datuk Redzuawan Ismail yang mendakwa patah hati atas pernikahan anaknya ketika menantu masih suami orang, menghangatkan lagi kontroversi perkahwinan Serina.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *