Hiburan

Dikec4m Sebab Buat IG Live Ketika Anak Hilang Di Bazar Ramadan, Sekali Netizen ‘Back Up’ Zarina Zainuddin

Pelakon, Zarina Zainuddin ada berkongsi detik cemas apabila memaklumkan anaknya, Azil telah hilang sewaktu mereka berkunjung ke sebuah bazar Ramadan di Shah Alam pada Sabtu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Zarina menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Malah, Zarina turut dilihat berkongsi proses mencari anaknya itu yang juga merupakan pesakit autisme menerusi ruangan IG Live.

Katanya lagi, anaknya itu telah hilang mungkin disebabkan mahu pergi ke tandas untuk membuang air kecil.

“Anak saya hilang di bazaar Ramadan Stadium Shah Alam. Saya rasa dia nak pergi buang air kecil,” tulisnya.

Video berdurasi lebih lapan minit yang memaparkan Zarina sedang mengelilingi kawasan bazar untuk mencari anaknya itu telah pun meraih hampir 350,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.

Tidak lama kemudian, Zarina memaklumkan dia telah pun berjumpa dengan Azil yang sebenarnya sedang menantikan mereka di tempat letak kereta.

“Alhamdulillah, dah jumpa dah Azil. Dia pergi dekat kereta lagi satu yang parking bawah stadium. Kami datang dua kereta. Terima kasih semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, entri berkenaan difahamkan turut dicemari dengan komen-komen nakal yang mendakwa Zarina seperti sengaja ingin mencari perhatian gara-gara memuat naik video cemas tersebut di Instagram.

“Semua benda nak record ke? Sampai anak hilang pun sempat nak record,” kata seorang individu.

Komen tersebut nyata mengundang kemarahan warga netizen lain yang menyifatkan mereka juga akan melakukan perkara sama sekiranya anak mereka hilang di khalayak ramai.

“Saya juga ada anak istimewa. Jika saya juga dalam situasi yang sama dan saya punya followers yang ramai, saya juga akan buat live untuk cari anak saya. Gunakan apa sahaja platform yang boleh untuk cari anak,” kata seorang pengguna Instagram.

“Apa masalah awak kalau record pun, bukan effect dekat awak apa-apa pun. Bersangka baik tak boleh ke. Kalau dia record then ada orang dalam IG ni yang terjumpa anak dia ke sebab di bazar yang sama, kan dah boleh membantu. Rasa tak suka boleh je unfollow,” kata individu lain pula.

“Hitamnya hari kamu,” luah seorang individu.

Pada masa sama, netizen dan rakan-rakan artis turut meluahkan rasa lega selain turut mendoakan semoga semua baik-baik sahaja buat Zarina sekeluarga.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin via media hiburan

Terdahulu Pelakon Zarina Zainuddin, memberitahu bahawa anak lelakinya, Muhammad Razail Azrai atau lebih mesra disapa Azil yang merupakan seorang autistik semakin sukar dikawal.

Ini kerana, menurut Zarina, selain sering tantrum setiap hari, anaknya yang merupakan pasangan kembar kepada Muhammad Razal Azrai atau Azal itu sudah mula melakukan tindakan luar kawalan termasuk menyerangnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video Azil tantrum. Perkara ini berlaku setiap pagi Azil akan bangun dan terus meng4muk.

“Sekarang dah pandai se4ng. Kadangkala saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan ke bilik atas.

“Semalam Azil serang abahnya di dapur. Dia tolak abahnya depan mata saya, lihat abahnya bersabar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya berada dalam keadaan tantrum sehingga mencederakan diri.

Begitupun, menurut Zarina dia tetap sabar melayan kerenah anaknya itu walaupun perlu berdepan situasi tersebut saban hari.

“Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menangani anak istimewa, anak syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan dan memuji Zarina yang sentiasa tabah membesarkan dua orang anaknya yang autistik.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *