Hiburan

“Dokt0r tolong check saya.” -Ini Keadaan Terkini Chef Wan fikirkan isu Serina

Kontroversi perkahwinan Serina Redzuawan dan seorang anggota polis telah membuatkan bapanya yang juga chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kecewa.

Beliau banyak kali memuat naik luahan kekesalannya terhadap perkahwinan Serina memandangkan mereka bernikah tanpa pengetahuan chef tersebut.

Chef Wan meluah lagi

Paling mengejutkan sudah tentu pendedahan daripada bekas isteri kepada suami Serina, Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin yang mendakwa pasangan tersebut sudah bernikah ketika dia masih isteri kepada Aidid.

Perkara berkenaan membuatkan Chef Wan ‘sakit jantung’ dan kembali menulis luahannya di media sosial selepas memohon maaf kerana mendedahkan cerita keluarga sehingga mengaibkan anaknya sendiri.

Terpaksa jumpa doktor

Menurut Chef Wan, beliau sudah dua malam mengalami masalah jantung berdegup lebih kencang kerana masalah-masalah tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ada netizen yang tidak tahu hal sebenar menyerangnya dengan kata-kata menyakitkan hati.

Kali ini, beliau terpaksa bertemu doktor selepas pendedahan tersebut dan mengakui boleh terkena serangan jantung jika kontroversi melibatkan anaknya terus-terusan menjadi perbualan.

“Dia lebih pentingkan hati dia, suami & mertua”
Dalam pada itu, beliau juga seakan berasa sangat kecewa dan mulai pasrah setelah cerita perkahwinan mereka terbongkar.

Di akhir penulisannnya, Chef Wan memaklumkan yang kondisi kesihatannya kurang baik dan perlu menghadiri perjumpa bersama doktor.

“Lets do a thorough check up Dr why i felt my heart suddenly lacked of air and feeling tight breathing. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan in law.” tulisnya.

Sedih baca luahan Datuk

Sehubungan dengan perkongsian Chef selebriti itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meminta beliau bersabar dengan dugaan yang hebat ini.

Mereka juga mendoakan agar kesihatan Chef Wan kembali sihat dan berharap agar beliau tidak terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapi disebabkan kontroversi anak perempuannya.

Sabarlah banyak2 Datuk

Bapak sendiri dah banyak tolong pun ini balasannya

Semoga Allah kuatkan hati Datuk

Ketua Polis Perak mula bersuara

IPOH: Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dalam k.ontroversi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan tidak bertugas di Kontinjen Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan S.iasatan J.enayah (JSJ).

“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.

“Saya difahamkan, satu kertas s.iasatan tatat.ertib dibuka oleh Jabatan Int.egriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Penc.egahan J.enayah dan Kes.elamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan S.iasatan dan Penguat.kuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, t.indakan tatat.ertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya s.iasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua daripada pasukan.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata, difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

“Bergantung kepada s.iasatan (bentuk h.ukuman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana s.iasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya.

Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terb.abit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.

D.akwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu sebelum dia pula dic.eraikan pada 9 Mac lalu.

Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu kerana mend.akwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Sumber: Chef Wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *