Amalan

Ebit Lew tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah s4kit. Tak sangka ini jawapan diberi

SETIAP manusia tidak dapat lari daripada ujian kehidupan, yang datang tanpa diduga.

Ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalah kewangan dan ada yang diuji dengan kesakitan.

Ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu dihadapi.

Begitulah yang dihadapi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang diduga dengan bapanya yang sakit terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan.

Tambahan pula seluruh negeri itu dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes C0vid-19 yang ketara di kebanyakan tempat.

“Dah empat hari di HUSM Kubang Kerian. Belajar banyak saat bersama ayah tercinta. Ayah yang sepanjang hidup takkan menger4ng kes4kitan. S4kit macam mana pun diam je.

“Tapi bila tengok air matanya menahan sakit, terasa sedih. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Saya ni kalau sakit memang tak tahan. Demam je dah teruk,” tulisnya di Facebook milik beliau.

Keadaan kesihatan bapa Ebit (kanan) mer0sot sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan penyakit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot sejak tiga bulan kebelakangan ini.

Menyedari dirinya sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab termasuk usahanya dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je

Namun, Ebit mengakui ujian berat apabila berjauhan dan jarang meluangkan masa bersama ibu bapa masing-masing terutama dengan kekangan dan sekatan ketika pandemik ini.

“Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta.

“Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak dan segala halangan.

“Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je,” ujarnya.

Beliau mendoakan agar ibu bapa masing-masing diberikan kekuatan dalam menempuh ujian selain menyeru masyarakat berbuat baik kepada keluarga dan insan yang memerlukan.

“Kuatkan seorang ayah, kuat seorang ibu. Tidur di sofa ini buat terfikir banyak perkara. Terasa benarlah dunia ini tiada harganya jika dibandingkan kesihatan orang kita sayang.

“Kerana itu gunakanlah wang ringgit harta untuk buat baik pada keluarga dan orang yang memerlukan,” katanya.

Gambar kiri menunjukkan Ebit berehat di wad ketika menjaga bapanya yang sakit, sementara foto kanan memaparkan Ebit memantau keadaan bapanya. foto FB Ebit Lew

Pohon doakan buat ayah saya yer..

I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer. Katil ni boleh naikkan sikit. Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah

kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat.

Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control.

Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama.

Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap 2 hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca. Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah s4kit. Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan ‘ayah’

Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah.

Saya kan suami. Saya kan hamba Allah. Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat.

Selamatnya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.

Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya. Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan.

Perkongsian Ebit Lew ini mendapat 60 ribu tanda suka dari netizan selepas sejam di muat naik. Rata-rata mendaokan kesihatan ayah kepada ustaz kesayangan ramai ini

“Alhamdulillah ustaz dpt berjemaah bersama ayah. Rindu sungguh saat itu.
Hidup kita ni klau tanpa ibu hilang seri, klu tanpa ayah hilang semangat. Semuga ibubapa kita sume yg telah pergi berada dlm kasih sayang Allah di sana dan yg masih hidup dlm peliharaan Illahi sentiasa. Aamiin”

“Tersentuh rasa hati hingga tersentap ke tangkai j4ntung bila terbaca posting Ustaz Ebit Lew….Ayah perlu kuat !! Ayah diamanah utk jadi pelindung serta tulang belakang buat keluarga tersayang, insan tercinta. Saya kan ” Ayah ” !!! Sejujurnya kerap juga menangis tak berair mata, sekali sekala menitis mengalir tanpa disengaja. Ah sudah!!! Saya kan suami !! Saya kan ayah!!
Semoga Ustaz Ebit Lew sentiasa diberkati”

“Assalamualaikum Ustaz EL, Alhamdulillah saya turut gembira melihat Ustaz bersama Ayah tercinta. Yea sgt benar, sesungguhnya msa bersama keluarga adalah satu nikmat yg tiada tolak bandingnya. Keluarga saya iaitu ke2 Ibu Bapa, Adik-Beradik Saya serta Ahli keluarga yg lain adalah sumber kekuatan Saya utk terus tabah dan kuat dlm melawan Kanser walau tanpa di ketahui Oleh keluarga besar Saya. Walau jauh dr mereka semua, namun Saya ingin sekali suatu hari nt saya msh mampu utk tetawa ceria serta meluangkan msa bersama mereka semula. Walau sukar utk Saya lalui namun, dgn teknologi trkini saya senantiasa merasa bahawa mereka di sini bersma disisi. Ya ALLAH, berikanlh kami nikmat rahmat mu, rezeki yg baik, serta kesihatan yg berpanjangan buat diri ku, ke2 Ibu BapaKu, Adik Beradikku, Ahli KeluargaKu, Ayah Ustaz EL serta Keluarga dan insan2 lainnya. AMIINN YRA”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *