Hiburan

Farah Lee Akhirnya Akui Bukan Mudah Membesarkan Anak Sendirian

Ibu tunggal yang juga Instafamous Farah Lee akui bukannya satu perkara mudah untuk membesarkan anak secara sendirian.

Untuk rekod Farah dan Ally berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang kini berusia tujuh tahun.

Farah Lee “Busy Untuk Maream, Buat-Buat Tak Busy Pun Untuk Maream”

Seperti mana luahan di entri akaun Instagramnya baru-baru ini, Farah Lee akui sangat mencabar bergelar ibu tunggal.

“Busy untuk Maream, buat-buat tak busy pun untuk Maream.

“This was us few days back. My schedule before puasa ni sangat packed. Bila penat, kadang termarah Maream, or tak fully pay attention to her.

“After recording #MakMudaOasis, teringat yang meetup esoknya cancelled, terus contact PA untuk bookkan a nice hotel with bathtub and pool for us – since Maream loves water. Informed school yang Maream will be absent for two days. Then here we are, just two of us (always two of us sokmo pun actually)

Anak Perlukan Perhatian

“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dengan esmosinya yang terganggu. Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu bersendirian. Dan anak ini amat memerlukan perhatian dari kita.

“Usually in my safe space, bila cakap pasal struggle single-parenting, I akan nangis, sebab penat. Penat emosi. Penat bila effort to emotionally and mentally support Maream tu goes one way sahaja.

“So I have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation – kepada manusia – kita akan kecewa. Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” kongsi Farah Lee.

Nasihat & Sokongan Dari Pengikut Instagram

“Kesian. ramai yg condemn dia. Namanya perempuan. Kdg2 dia nak share apa dia rasa. Biarlah dia share.. sy Tak pernah lagi jd ibu tunggal. Tak pernah rasa. Tp sy melihat mereka dgn rasa yg kasihan, simpati, kagum dan semua rasa..
Kalau Kita pernah jd ibu tunggal dan Kita rasa Kita dah berjaya besarkan anak Kita tanpa rasa beban, tahniah. Tp janganlah Kita perkecilkan org lain… Tiap org Tak sama situasinya. Tak sama sokongan moralnya.tak sama tekanannya.
Kita sesama muslim ni Kita doakan je la yg baik2.. jgn Kita mendabik dada atas kejayaan Kita besarkan anak2 dan memandang rendah org lain. saling mendoakan sesama muslim…..

Mgkin dia tiada support system.. A to Z handle sendiri.. utk diri sendiri tiada masa..sampai satu masa..ia jadi penat..akak faham tu.sebab tengah lalui semua tu.. apapun.. teruslah mengadu dgn Allah.. InshaAllah akan diberi ketenangan.. selagi boleh jaga ank2 dgn baik.. ikut kemampuan masing2

“Bagi nafkah anak, haji bakhil pulak..” – Farah Lee kritik bapa2 berkira dengan anak

Selebriti media sosial, Farah Lee yang juga merupakan bekas isteri kepada pengacara TV iaitu Ally Iskandar dilihat sangat aktif di Instagram dengan berkongsi kehidupan hariannya bersama anak tersayang, Maream Esabel.

Farah juga sering berkongsi tips-tips dan pelbagai motivasi berguna kepada pengikutnya Instagram khususnya bagi mendidik anak-anak kecil.

Namun begitu dalam muat naik terbaru, dia ada mempersoalkan mengenai kepentingan nafkah seorang bapa kepada anak-anak walaupun pasangan sudah bercerai.

Bapa2 jangan berkira dengan anak

Dalam penulisannya, dia menegur golongan bapa yang membiarkan anak-anak tinggal bersama bekas isteri tetapi agak berkira dalam soal nafkah kepada anak-anak.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak2 especially untuk masa depan dan ilmu mereka.

“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.
“Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak2 untuk kita,” katanya.

Bekas suami tak ambil tahu

Walaupun tidak pasti kapsyen yang disertakan dengan gambar itu ditujukan kepada individu ataupun sekadar kenyataan umum sahaja, namun ramai wanita yang turut sama mengalami situasi sebegitu.

Mereka juga berkongsi kisah mereka berhubung nafkah anak-anak sehingga ada di antara mereka berasa kesulitan berikutan bekas suami agak berkira dalam memberi anak-anak nafkah.

Untuk makluman, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 2012 sebelum bercer4i tahun 2016. Walau bagaimanapun, hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang sengketa.

Paada tahun 2019, Ally Iskandar telah menamatkan zaman dudanya apabila bernikah dengan seorang gadis berasal dari Pahang.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Farah Lee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *