Hiburan

Kerana Gambar Di Family Tree Anak, Rita Rudaini Ditvduh Masih Belum ‘Move On’

Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal yang kini membesarkan dua orang cahaya mata bersamanya.

Terbaharu, Rita berkongsi perkembangan anaknya di laman Instagram, iaitu Airit Rayyan Rizqin di mana Rayyan diberi homework oleh gurunya untuk melakukan carta keluarga ataupun family tree berserta gambar.

Nampaknya perkara itu mungkin akan jadi sedikit janggal kerana Rita dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan Abdul Razak sudah lama berc3rai dan perhubungan mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.

Namun Rita sebagai ibu nampaknya bersikap profesional dengan meletakkan gambar bekas suaminya itu di dalam carta keluarga berkenaan.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Family tree lagi …mommy sebenaqnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy..tp mommy takut ticer adik pengsan pulak ”

Perkara itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang turut memberikan pendapat mereka, malah ada yang merasakan Rita berhak mendapat lelaki yang lebih baik.

Dalam kebanyakan komen yang diterima, ada juga yang mempersoalkan tindakan Rita yang dianggap seolah-olah masih tidak boleh ‘move on’ dan tergla-gil4kan bek4s suami, namun ramai yang menyokong beliau kerana pada pendapat mereka, bek4s suami pelakon berkenaan tetap ayah kandung yang sah, jadi tidak salah untuk Rita meletakkan gambar beliau di carta keluarga tersebut.

Bagi mereka yang pernah mengalami penc3raian atau ibu bapa berplsah, pasti tahu betapa p3rit untuk lalui perkara-perkara seperti ini.

Semoga anda semua diberi kekuatan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat nanti.

“Aidil Mai Rumah Kami & Tidur Dengan Anak Seminggu” – Rita Rudaini Pec4h Rahsia!

Kemelut yang melibatkan antara aktres Rita Rudaini, 45, dan bekas suami, Aidil Zafuan, 34, nampaknya masih belum temui titik noktah.
Hari ini, Rita mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.

Difahamkan, kejadian tersebut terjadi sebelum Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal.

Malah, katanya dia turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.
Tegas pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak fitnah yang tersebar.

“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah

kisah,” kata Rita menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

Perkongsian itu turut dikongsikan sedikit sedutan temu ramah Rita bersama dengan Melodi.

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana dia berkongsikan cerita sebenar.

Malah, dia turut memohon agar tidak lagi menggangu kehidupannya bersama anak-anak.

“Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar.

“Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau kami la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.

“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya.

“Bahagia la dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga meneybabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.

Tidak mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.

Sumber : Instagram Rita Rudaini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *