Hiburan

“HasiI Titik PeIuh Tak Tidur MaIam’ Fad Bocey Tayang Rumah Semi-D Tiga Tingkat

Sebut saja nama Fad Bocey, pasti anda akan teringat tentang kumpulan lawak Bocey dan sabahatnya dalam kumpulan itu iaitu Acey dan Allahyrham Abam.

Meskipun kumpulan Bocey seakan tiada lagi seri selepas pmergian Abam, namun nama Fad dan Acey terus mekar dalam industri hiburan seni tanah air.

Tidak dinafikan Fad telah melangkah setapak lagi dalam dunia seni apabila ditawarkan untuk menjadi Penyampai Radio (DJ) untuk stesen radio popular tanahair, Era.FM.

Bermula dari program Bintang Mencari Bintang 2013 bersama Kumpulan Bocik sehinggalah mencapai kemuncak kejayaan apabila kumpulan Bocey berjaya memenangi Juara Maharaja Lawak Mega untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2016 dan 2017. Wow hebat bukan?

Hasil dari kerja keras beliau dalam menempatkan nama bersaing dengan pelawak-pelawak hebat tanahair, Fad beberapa tahun lalu pernah berkongsi kisah beliau berjaya membeli rumah impian.

Menurut Fad, rumah moden berkonsepkan semi-D tiga tingkat itu dibeli untuk keselesaan keluarganya.

Momen indah itu turut dikongsikan di akaun Instagramnya pada 2018. Kisah ini dikongsikan sekali lagi untuk memberi suntikan semangat buat mereka diluar sana supaya terus gigih berusaha demi mengejar impian.

Di samping itu, selain berkongsi video, di bawah ini adalah perkongsian Fad di Instagram Stories-nya.

” Alhamdulillah, impian kami bersama.. hasil peluh menitik, hasil tak tidur malam, hasil kadang-kadang tak fikir makan sebab nak cari duit dan hasil kami tahan nfsu dari buang duit untuk benda tak berfaedah (tapi tadi dah buang duit sebab belikan fifa19)

” Tak semua tau pengorbanan daddy untuk kami anak-beranak, ini rezeki hayyan zayyan dan aminah. Rumah yang memang mommy impikan untuk keselesaan anak-anak mommy .

” Mana tau satu hari nanti mommy daddy dah tak ada , ini la tempat korang berlindung. Happuy birthday mommy bulan 10, jangan ingat ni hadiah birthday eh..” tulis Fad.

Lihat vdeo 1

Lihat vdeo 2;


Biodata Fad Bocey

Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie bin Nizam berusia 31 tahun, dilahirkan pada 13 Februari 1991 di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.

Bergiat aktif dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan juruhebah radio sejak tahun 2013, beliau mula menganggotai kumpulan lawak trio, Bocey yang turut disertai Achey dan Aallahyrham Abam.

Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat TV3, Bintang Mencari Bintang musim pertama pada 2013, bersama kumpulan Bocik yang meletakkan mereka di kedudukan kedua.

Fad pernah menganggotai kumpulan Selak dalam program Raja Lawak musim keenam pada 2012.

Beliau juga pernah membintangi filem Hantu Tok Mudim, Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Suatu Malam Kubur Berasap 2, Warna Cinta Impian dan Zack Kapcai.

Selain itu, antara lakonan yang pernah dibintanginya termasuklah telefilem Samba Bola Kampung, Homestay Berhantu, Bocey Beraya, Salah Susuk Raya, Bocey Mencecey dan Tiga Bahadol, selain sitkom Bocey & Friends.

Fad Bocey dan isterinya menimang bayi kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.

Mungkin ramai tak tahu, isteri Fad Bocey iaitu Nur Syahirah merupakan adik angkat kepada pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse.

Sebelum menjadi pelawak, Fad Bocey adalah operator bahagian khidmat pelanggan di TNB Johor. Beliau sangat meminati dan menyanjungi bakat Afdlin Shauki, Hamid Gurkha dan Yassin Yahya.

Jangan biarkan apa-apa keadaan menghalang anda untuk capai impian anda

Dalam perjalanan mencapai matlamat anda, anda dapat memperoleh beberapa kesulitan. Anda akan menghadapi banyak masalah yang perlu diselesaikan, dan anda akan perlu membuat keputusan untuk terus maju.

Kadang-kadang perkara tidak berjalan lancar atau seperti yang anda mahukan. Mungkin, orang yang mengelilingi anda tidak akan menyokong anda malah akan menyedihkan hati anda.

Memang selalu ada banyak halangan dalam perjalanan anda. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi semua ni dengan mental yang kuat.

Harus anda memilih untuk terus mengikuti impian anda. Ketahuilah bahawa anda hanya mempunyai dua pilihan: anda boleh menyerah dan berhenti atau anda dapat menyelesaikan masalah dan mengubah hidup anda. Dengan hilangkan halangan dan selesai masalah yang anda temui, anda akan jadi semakin kuat dan yakin. Dengan ini, impian anda akan dapat dicapai dengan cepat.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber:IG Fad Bocey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *