Uncategorized

Jaafar Onn Bawa Baju Satu Beg Pegi Shooting Walapun Tak Tahu Dpt Karakter Apa, Buat Ramai Respek

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.
Sudah berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM3 juta dalam masa 10 hari, watak-watak di dalam filem ini tular di laman sosial antaranya Barkoba, Yah Kucai dan Abang Jay.

Bagi Jaafar Onn yang memegang watak sebagai Tyson 2 ataupun Abang Jay, dia sudah lama bekerjasama dengan Mamat Khalid dan amat menyenangi pengarah tersohor itu.

“Sebenarnya saya dah banyak kali berlakon dalam filem arahan Mamat Khalid antaranya Rock Oo jadi saya ada pesan dengan dia, lain kali panggil la kalau nak berlakon. Kebetulan Mamat pun beritahu yang dia ada watak yang sesuai dengan saya dalam filem 18 Puasa dan saya pun free waktu tu, saya terus kata okay,” kata Jaafar kepada Gempak.

Jaafar ditemui ketika menjadi tetamu bagi promosi Ramadan Syawal bertempat di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Jaafar lagi, dia tidak menyangka akan diberikan watak ibli.s sehinggalah tiba di tempat penggambaran.

“Penggambaran dijalankan di Kuala Kangsar selama lima hari. Saya bawak baju satu beg ye sebab masa tu tak tahu watak apa. Hari saya shooting tu, Mamat kata tak payah bawa baju, baju semua disediakan. Bila sampai di set, rupanya jadi ibl.is. Tapi saya tak kisah pun,” jelas Jaafar lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si ibl.is yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Rata-rata netizan sangat terhibur dengan lakonan Jaafar Onn walapun hanya membawa watak sampingan

‘Jaafar Onn’ trending, 18 Puasa Di Kampong Pisang kutip RM2 juta

PETALING JAYA – Filem arahan Mamat Khalid, 18 Puasa di Kampung Pisang kini sudah meraih kutipan RM2 juta selepas enam hari tayangan di Astro First.

Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, watak baharu yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya “Mim Alif Kap Nun – Mati” dalam salah satu babak di dalam filem.

Lakonan karakter tersebut juga merupakan kemunculan semula pelakon senior tersebut yang telah lama tidak muncul di dalam filem mahu pun drama. Dalam laman media sosial, ramai yang berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menonton filem komedi penuh mesej tersirat itu.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan pengarah, Mamat Khalid bersyukur filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mendapat sambutan luar biasa.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton di Astro First. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang telah menjayakan 18 Puasa Di Kampong Pisang sehingga menjadi satu fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan puasa.

“Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampong Pisang. Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan meskipun dalam era normal baharu bagi tayangan filem,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Online.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua karya sutradara, Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.

Filem berkenaan mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Terdahulu, filem tersebut berjaya mengutip RM1 juta selepas tiga hari ditayangkan di Astro First

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *