Uncategorized

P0LIS KEJAR PEMANDU KERETA LARI SEKATAN JALANRAYA. BILA DISOAL INI SEBAB KENAPA DIA SANGGUP RENTAS NEGERI TANPA KEBENARAN

Seorang lelaki bertindak memecut kereta dipandunya selepas melarikan diri daripada pemeriksaan po,lis di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, tindakan lelaki itu bagaimanapun membawa pa.dah apabila kereta dipandunya terba.bas ke bahu jalan ketika dikejar kereta peronda po.lis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati pemandu berusia 29 tahun itu datang dari Melaka dan melakukan kesala.han merentas negeri tanpa surat kebenaran polis.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dikatakan datang ke Seremban untuk bertemu teman wanitanya yang berusia 21 tahun.

“Dalam kejadian itu, unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban sedang menjalankan rondaan di Bukit Chedang dan ternampak sebuah kereta jenis Hyundai dinaiki sepasang kekasih dalam keadaan mencuri.gakan.

“Pemandu kereta didapati tidak berhenti apabila diarahkan untuk pemeriksaan dan bertindak melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Said berkata, berikutan itu, polis terpaksa mengejar kenderaan berkenaan dengan dibantu tiga lagi MPV polis.

“Ketika cuba melarikan diri, pemandu itu turut melang.gar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran dan melang.gar cermin sisi sebuah kereta lain.

Kenderaannya akhirnya terba.bas dan berjaya dita.han di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini.

“Berdasarkan ujian air kencing, suspek lelaki juga positif da.dahh jenis metham.pheta.mine.

Dia direman sehingga Khamis, manakala teman wanitanya dire.man sehari bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, polis mengambil tindakan di bawah Seksyen 342 Akta Penceg.ahan Dan Pengawalan Peny.akit Berjang.kit 1988, Seksyen 186 Kanun Kese.ksaan dan Seksyen 15(1) Akta Da.dahh Berba.haya 1952 terhadap lelaki berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *