Amalan

‘Kalau Hujan Renyai Saya Redah Saja’ – Cucu Bekas Menteri Besar Jadi Pnghantar Makanan Berbasikal

KeIibat seorang remaja perempuan berbasikal ketika menghantar makanan ditempah pelanggan sejak dua bulan lalu sering mencuri perhatian penduduk sekitar di sini.

Kgigihan Wan Nabihah Hannah Wan Abdul Hakim, 19, yang sanggup berpanas dan berhujan dengan berbasikal dalam memastikan pesanan pelanggan dihantar tepat pada masanya, amat dikagumi pelanggan kerana tidak ramai remaja perempuan mahu melakukan kerja sebagai penghantar makanan.

Namun menariknya, identiti sebenar Wan Nabihah Hannah akhirnya terbongkar, baru-baru ini dan ramai tidak menyangka beliau adalah cucu kepada bekas Menteri Besar (MB) Terengganu, Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

la susulan bapanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih iaitu Wan Abdul Hakim memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai usaha anak perempuannya itu.

Sewaktu dihubungi Bernama, Wan Nabihah mengakui tujuannya bekerja sebagai penghantar makanan adalah mencari duit poket dan memperoleh pengalaman baharu sepanjang cuti semester ketika ini.

” Saya pilih menjadi penghantar makanan kerana tertarik dengan masa bekerja yang fleksibel. Oleh kerana tiada lesen motosikal, saya gunakan basikal sahaja untuk memudahkan pergerakan.

” Alhamdulillah pendapatan dalam tempoh seminggu kerja saya lakukan boleh dapat lebih RM500.

” Ini membuktikan sesiapa sahaja boleh mencari rezeki halal asalkan tidak terlalu memilih pekerjaan,” katanya yang ketika ini sedang mengikuti pengajian di peringkat Asasi Perniagaan di Taylor’s College di kampus Lakeside, Subang Jaya, Selangor.

Kegigihan Wan Nabihah Hannah yang sanggup keluar dari zon selesa demi mencari rezeki dengan kudratnya sendiri mendapat pujian banyak pihak. – Gambar/ Sinar Harian

Ank keempat daripada tujuh beradik itu berkata, beliau sentiasa memakai krim pelindung matahari serta cermin mata hitam untuk melindungi kulit wajahnya ketika berbasikal memandangkan banyak tempahan makanan dilakukan antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

” Kalau hujan renyai pula, saya redah sahaja dengan memakai jaket dan memperlahankan kayuhan kerana jalan agak licin.

” Tapi, kalau hujan terlalu lebat terpaksa berhenti sekejap cari tempat berteduh yang sesuai,” katanya.

Ditnya mengenai reaksi ibu bapanya memandangkan latar belakang keluarga mereka sebagai ahli politik dan arwah datuknya adalah bekas menteri besar Terengganu, Wan Nabihah Hannah berkata, ia bukan halangan malah keluarganya memberi sokongan agar beliau belajar berdikari serta merasai kesusahan dalam mengharungi cabaran hidup.

” Perasaan malu sebab pandangan orang lain mesti letak ke tepi dan paling penting kita mesti percaya dengan kemampuan diri sendiri.

” Percaya juga yang apa kita buat sekarang ini mungkin akan jadi inspirasi kepada orang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik.

” Sebagai remaja, mempunyai duit poket hasil titik peluh sendiri adalah satu kepuasan sebenarnya.

” Saya menggunakan sebahagian wang itu untuk dilaburkan semula demi perancangan kewangan masa depan,” katanya yang berehat seketika dari menghantar makanan sepanjang Ramadan ini.

Smentara itu, menerusi kiriman di laman Facebook. Wan Abdul Hakim mengenai anaknya itu mendapat banyak komen positif memuji semangat dan kegigihan Wan Nabihah Hannah kerana sanggup keluar dari zon selesa demi mencari rezeki dengan kudratnya sendiri.

Rmai tidak menyangka remaja yang pernah menghantar makanan mereka sebelum ini, adalah anak dan cucu kepada tokoh politik yang dihormati kerana banyak jasa dilakukan untuk rakyat selama ini.

PeIayar Facebook berharap usaha Wan Nabihah Hannah itu akan menjadi teladan baik kepada remaja lain dan pada masa sama memuji corak didikan diterapkan Wan Abdul Hakim ke arah melahirkan generasi muda berkualiti dan rajin berusaha tanpa jalan singkat.

Cari rezeki diredai ilahi

SAHABAT Rasulullah SAW, Abu Hurairah ada memberitahu bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis itu isyarat jelas dan boleh dijadikan motivasi buat umat Islam supaya giat bekerja mencari sumber rezeki untuk keperluan hidup.

Penegasan Rasulullah SAW menerusi sabdanya itu turut memberikan makna bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya meminta-minta dalam menampung keperluan hidup.

Islam amat menyanjung tinggi keringat yang dicurahkan bagi setiap pekerjaan yang ditekuni secara halal di sisi syarak.

Apapun pekerjaan yang dilakukan sama ada besar atau kecil mestilah tertakluk kepada hukum syarak serta hukum halal dan haramnya.

Kehalalan sesuatu pekerjaan itu wajib dijadikan pasak utama supaya setiap sen yang diperoleh adalah sah di sisi agama.

Sebab itulah Rasulullah SAW pernah mengajar umatnya supaya memanjatkan doa kepada Allah supaya kita dikurniakan sumber rezeki yang cukup dan halal.

Misalnya, Rasulullah SAW meninggalkan satu doa yang bermaksud: “Ya Allah, limpahkanlah kecukupan kepada kami dengan rezeki-Mu yang halal daripada memakan harta yang Engkau haramkan dan cukupkanlah kami dengan kemurahan-Mu daripada mengharapkan huluran tangan selain-Mu.”

Doa itu terangkum dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam at-Tirmizi dan Imam Ahmad.

Pada ketika ini, peratusan graduan menganggur di negara kita masih tinggi iaitu dianggarkan berjumlah lebih 60 peratus.

Ini bermakna ramai graduan masih buntu untuk mendapatkan kerja setara dengan kelulusan yang dimiliki mereka.

Itulah masalah dan isu yang belum berjaya ditangani. Kita juga mendapati ramai rakyat negara luar datang ke negara kita bagi menumpang mencari rezeki.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat wang selain terpaksa meninggalkan ahli keluarga tersayang di kampung halaman semata-mata untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik di sini.

Mereka berani berhijrah untuk mengubah nasib kehidupan dan bersedia mencurahkan sepenuhnya kudrat terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Semangat berhijrah bagi mengubah hidup itulah yang sangat kita kagumi dan patut teladani.

Mereka berjiwa besar serta tidak cepat mengalah dengan keadaan kehidupan mereka yang serba kekurangan.

Yang bulat pastinya tidak datang bergolek manakala yang pipih mustahil datang melayang.

Mungkin atas prinsip itulah mereka menjadi golongan yang berjaya.

Ingatlah, agama kita sangat menyanjung tinggi sebarang usaha mencari rezeki.

Setiap usaha yang diselitkan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT pasti akan memberikan keberkatan.

Justeru, buat graduan yang masih ‘ketandusan’ untuk mendapatkan tawaran bekerja, usah berkira-kira dengan impian kerjaya yang setara dengan ijazah yang dimiliki, namun lakukan apa sahaja pekerjaan asalkan ia halal di sisi agama dan sah di sisi undang-undang negara.

Allah SWT tidak pernah membeza-bezakan setiap hamba-Nya, sebaliknya sesiapa sahaja yang berusaha dengan ikhlas kerana-Nya, Dia pasti mencintai hamba-Nya itu.

Generasi muda mukmin pada hari ini perlu membuktikan mereka bukan pemalas dan bukan juga bersikap tunggu dan lihat sahaja peluang, sebaliknya mempamerkan semangat untuk memajukan diri.

Sumber:hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *