Amalan

Beli Gelang Emas Harga RM3k, lepas 3 Tahun Baru Tau Ada yg tak kena

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih. Cara pengiraan zakat emas juga ada dikongsikan dibawah artikel ini. Moga bermanfaat.

Memang tidak dapat dinafikan, permintaan terhadap aksesori emas semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun harga emas kian mencanak naik tetapi masih ramai lagi yang mahu membeli untuk tujuan pelaburan pada masa akan datang.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Yasmin Jamil mengakui terkejut apabila ingin menjual kembali gelang emas yang pernah dibelinya pada suatu ketika dahulu.

Nak jual balik gelang emas.

Orang dok share ‘gelang golongan bangsawan’ katanya. Sekadar berkongsi pengalaman, pernah beli dan pakai 3 tahun yang dulu. Gelang ni masa beli memang mahal, ikut harga semasa mengikut berat (gram). Tak ingat dah beli brapa dan berat berapa masa tu tapi 3k keatas.

Dipendekkan cerita nak let go gelang ni sebab appak dia nak pakai duit ada hal kecemasan (ku relakan sebab dia yang belikan huhu) nak pinjam dekat orang segan kan. So offer tanya kt group ‘emas used’ di Facebook siapa yang nak ambil harga paling mahal jadi ada seorang saudagar emas ni tawar harga emas agak tinggi masa tu, ingat boleh untung la kan jual emas masa harga tengah tinggi.

Menerusi perkongsian Yasmin, dia memberitahu pernah membeli gelang emas pada 3 tahun yang lalu dengan harga yang agak tinggi iaitu lebih dari RM3k. Tetapi disebabkan mereka memerlukan duit untuk tujuan kecemasan, jadi dia terpaksa menjual kembali gelang emas tersebut.

Tapi sangkaan meleset.

Sekadar gambar hiasan

Tapi sangkaan ku meleset rupa-rupanya gelang jenis macam ni ada besi guys di dalam dia. Besar dan berat pula tu. Masa beli, besi tu ditimbang sekali mengikut harga emas. Masa nak jual tukang emas akan patahkan dan buang besi tu dan hanya timbang untuk harga emas sahaja.

Aku tertipu dan baru ku tahu. So pada sesiapa yang nak beli gelang macam ni beringat lah. Kalau nak pakai sekadar suka-suka buat tukar-tukar tak ada hal. Kalau nak beli lepas tu nak jual macam sis ni rugi lah kan. Lepas itu gelang macam ni tak sesuai nak buat basahan sebab dalam dia kosong, mudah kemek dan bengkok tapi simple dan nice.

Dengan harga emas yang tinggi, dia menyangka akan memperoleh untung hasil daripada jualan tersebut. Tetapi sangkaannya meleset, rupa-rupanya di dalam gelang emas tersebut terdapat satu besi yang besar dan berat. Dalam kesempatan itu juga, dia juga berpesan kepada orang ramai agar membuat pilihan yang betul ketika ingin membeli emas.

Reaksi warganet rata2 kongsi pengalaman mereka dan ada juga beri tips bgmana nak tau gelang ada campur besi.

Alvin Guan – Masa beli ada dapat resit kan. Dalam resit tu semua ada tulis, nama kedai, no talipon, jenis emas, jenis barang, berat , harga dan sebagai nya. Kenapa nak jual dlm facebook? Bawa balik semua kedai emas pun mereka ambil. Kalau rasa tertipu bawa balik ke kedai tu.Saya rasa penjual ni cuba main kotor dengan pembeli dalam facebook tu tapi dia yang kena balik dengan pembeli tu.

Aida Nadia – Memang la ada besi sikit dlm gelang jenis bangle ni.Besi tu kat bahagian spring pembuka gelang tu.Selalunya sebelum beli,memang kedai akan bgtau awal2.sama la jgk kalau beli emas siap ada batu2,bila jual balik,batu2 tu akan dibuang dan timbang emas je.Sama je konsepnya.Dan,bangle camni ada je yg padu.Kene pndai cari ye.

Fieza Sqf – Gelang patern macam ni mmg ada besi atau spring besi dlm dia… Pernah hampir2 nak beli patern ni, tapi budak kedai emas tu awal2 dah terangkan pada saya. Bukan menipu di letakkan besi. Tgk atas patern jugak. Kebanyakkan gelang yg mgunakan spring atau bulat mmg di letakkan besi di dlm nya. Sebab tu berat.. . Macam tu la yg di bgtau oleh pekerja kedai emas tu.

Noraini Hamid – Klu nk beli emas bawa magnet. Klu ade tarikan. Maksuf itu bkn 100% emas.

Marya Lcs – Saya dulu nk beli juga gelang mcm ni…tp tuan kedai terus ckp..kat dlm ada besi..klu nk jual dia akn buang besi..timbang emas je…terus x jd beli…beli gelang gajah je.

Norliyana Fuad – Tak terjebak. Masih lagi pakai barang kemas yang lama. Barang kemas dari ibu aku sendiri masa anak dara. Biar halus janji padu.

Eny Mohd – ini gelang ala2 bangsawan je, kalau geng bangsawan dia beli padu so xde lah kena masuk besi dalam tu, kalau bangsawan mane dapat mcm tu harga bawah 5k.

Nurezzati Husna – Ni bukan yg viral barang kemas gaya bangsawan tu ke.

Jangan Lupa Bayar Zakat, Ini Cara Kiraan Zakat Emas Yang Anda Wajib Tahu!

Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita.

5 ‘Ilmu’ Tentang Emas Wajib Tahu Sebelum Beli Atau Tukar Barang Kemas!

Ramai wanita suka beli dan kumpul barang emas tapi bagaimana pula ilmu tentang emas. Bagi yang suka mengumpul rantai, gelang atau cincin emas ilmu kena ada supaya tidak ditipu.

Antaranya tentang barang kemas yang disalur chrome putih. Ketika ini banyak rekaan aksesori emas menggunakan bahan ini.

Tapi ada yang menyatakan barang kemas dengan chrome putih ini tidak laku tiada nilai bagai sehingga peniaga tawarkan harga yang murah untuk membeli barang kemas berkenaan kononnya tiada kedai yang lain akan menerima barang kemas seperti itu.

Betul ke macam ni? Ha… Sebab itulah pentingnya ada ilmu sebelum beli atau tukar barang kemas.

Sebelum percaya baca dulu penjelasan dari penjual emas sendiri iaitu Syafikah Shafiee. Selain beri penjelasan tentang barang kemas disadur chrome dia turut beri ilmu lain yang berguna terutama untuk wanita pengumpul emas.

Tahu harga emas saja pun tak cukup, perkara ini juga kita kena tahu

1. Awas, strategi untung lebih!
Pergi ke kedai emas, tunjuk gelang ada chrome putih. “Ini talak laku. Ambik murah-murah saja. Kalau jual tempat lain, orang tak ambik.”

Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk mendapat untung lebih. Sepatutnya emas yang ada calit putih itu sama saja harganya. Melainkan kalau ada batu, permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang.

2. Chrome bukan emas putih
Yang calit-calit putih itu sebenarnya chrome, bukan emas putih. Chrome = saduran cat ke atas emas. Tukang emas letak chrome pada barang kemas agar ia nampak cantik dan terkini. Bila sampai masanya, cat chrome itu akan hilang dan kembali kepada warga emas yang asal.

3. Harganya sama saja
Ramai orang salah faham kalau barang kemas yang ada chrome itu tidak bernilai bila dijual semula. Ramai yang beranggapan barang kemas yang ada chrome itu lebih mahal dari barang kemas yang tiada chrome. Sepatutnya harganya sama sahaja.

4. Antara emas putih dan platinium

Emas putih pula adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Emas putih dicampurkan dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.

Kualiti emas putih adalah 17K dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai untuk dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.

5. Emas kemik atau calar
Isu emas kemik dan calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku dan mereka ambil murah. Padahal kelak barang kemas itu akan dipatahkan dan dileburkan juga.

Sebab itu, ilmu mengenai emas itu penting. Bila kita ada ilmu, kita tidak akan mudah atau senang ditipu dan dimanipulasikan oleh pihak lain. Sebarkan informasi ini dan wujudkan masyarakat celik emas di dalam kalangan kita.

Facebook: Syafikah Shafiee

Sumber: Yasmin Jamil / Faisal Rahim via ohbulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *