Hiburan

Kerana Keluarkan Ayat Ini, Fazura Dikec4m Perli Neelofa

Berikutan kes C0vid-19 yang masih mencecah empat angka, pelakon Fazura mengakui bimbang dengan situasi tersebut apatah lagi mempunyai anak kecil Nur Fatima Aisya yang baru mencecah usia enam bulan.

Menerusi temubual eksklusif portal Oi, Jom! semalam, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin itu cuba mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan sebaiknya sepanjang masa.

“Fatima pun tak pernah lagi saya bawa keluar kemana-mana pusat beli belah. Saya nak keluar pun saya akan fikir anak apatah lagi nak bawa dia keluar, sangat menyeramkan,” katanya.
Menurut pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu, dia yakin dengan usaha kerajaan dalam menangani wabak pandemik berkenaan setelah pelbagai pelaksanaan dilakukan sejak tahun lalu.

“Saya sedih sebab saya mempunyai nenek yang kurang sihat di kampung tetapi saya tidak dapat berjumpa dengannya sudah berbulan-bulan. Tetapi saya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.
“Kalau dilaksananakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), nanti banyak perkara yang akan terjejas. Tapi bila diberikan kelonggaran, kita langgar pula kelonggaran itu,” ujarnya.
Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, ‘public figure’ juga memainkan peranan dengan memberikan contoh yang baik kepada orang awam dalam mematuhi SOP.

“Peraturan nombor satu, kita perlu menjadi seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kedua, sebagai seorang ‘public figure’ kita perlu bagi contoh yang baik…
“…dan menggalakkan orang ramai untuk mematuhi SOP supaya membantu negara kita bebas dari j4ngkitan C0vid-19,” katanya.

“Ingatkan Dapat ‘Bekas’ & Ada Anak, Kurang Bitternya” – Fazura Dikec4m Perli Neelofa?

Umum tahu segelintir masyarakat tanpa mengira pangkat atau darjat masih berdegil tidak mematuhi arahan kerajaan yang tidak membenarkan aktiviti merentas negeri kecuali dengan kebenaran polis.

Justeru, tindakan Fazura memberi komen terhadap persembahan kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC di Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) menjadi bualan hangat netizen.

“Sampai seludup mak bapak. Kita kenalah mematuhi peraturan kerajaan. SOP kan… Tak boleh rentas (negeri), jangan rentas,” ujarnya.

Kenyataan Fazura itu mencetuskan teka-teki di kalangan netizen sama ada ia ditujukan buat individu tertentu atau sekadar pesanan umum buat semua golongan masyarakat.

Kredit foto: Twitter

Lembut saja sindirannya buat pihak yang masih berdegil melanggar SOP kerajaan

Polis perlu ambil keterangan Neelofa, PU Riz

Dalam perkembangan lain,  Keterangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan hampir siap dan pihaknya perlu menunggu untuk mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat. Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, polis telah mengambil keterangan pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya, Rozana Mumtaz di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dekat sini.

Mereka dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular dalam media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE

Sumber: Oi, Jom!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *