Uncategorized

Langgar SOP, ini cadangan hvkuman oleh Polis kepada Neelofa & suami

Majlis pernikahan selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini menjadi bualan hangat pengguna media sosial apabila didakwa melanggar SOP yang telah ditetapkan tatkala negara sedang melawan pandemik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan Harian Metro, kertas siasatan mengenai majlis Neelofa bersama suaminya Haris Ismail telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kertas siasatan dibuka

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, pihaknya telah mencadangkan supaya kompaun perlu dikeluarkan terhadap pasangan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan.

Kes pelanggaran SOP terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa bagaimanapun sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai setelah aktivitinya bersama suami semasa di Langkawi menerima kecaman hebat. Dia yang ke Langkawi atas urusan kerja didakwa menyalah guna kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Mohon maaf, saya sepatutnya beri contoh yang baik..” – Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa memohon maaf berhubung isu kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahannya dan kontroversi rentas negeri ke Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi laporan BH Online, selebriti berusia 32 tahun itu mengakui kurang menjaga sensitiviti semua pihak selain terlepas pandang dalam beberapa tindakan yang dilakukan.

“Kalau kita tengok, ada banyak versi cerita di luar sana berkenaan kedua-dua isu ini.
“Saya seikhlas hati memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya mahu pun di luar pengetahuan saya berkenaan kedua-dua isu ini,” katanya.
Menurut bekas pengacara MeleTOP itu, dia dan suaminya Haris Ismail terbuka menerima semua keputusan dan tindakan pihak berkuasa terhadap kedua-dua insiden terbabit.

“Sekali lagi saya hendak memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti hal ini dengan semua… Saya sepatutnya memberi contoh yang baik mengenai hal itu,” ujarnya.
Tambah Neelofa, dia memilih untuk membuat permohonan maaf hari ini selepas urusan membabitkan keterangan kepada polis telah selesai.

“Alhamdulillah, hari ini selesai (proses beri keterangan dan kerjasama kepada polis). Saya dan suami pergi (beri keterangan) pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga saya hari ini,” tambahnya.
Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *