Uncategorized

Sedih layanan 2 darjat, ini coretan khas netizan buat golongan kayangan langgar SOP

PENINGKATAN ketara kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini nyata meresahkan orang ramai apatah lagi di kala perayaan Aidilfitri yang bakal tiba kurang tiga minggu dari sekarang.

Peningkatan ini tidak lain tidak bukan sudah tentulah disebabkan oleh pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang antaranya disumbangkan oleh aktiviti rentas negeri, majlis besar-besaran dan sebagainya.

Topik ini sememangnya hangat diperkatakan ketika ini tambahan pula selepas beberapa kes melibatkan individu berpengaruh atau golongan kayangan.

Golongan ini seolah-olah ‘kebal’ daripada hukuman sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang mendakwa wujud SOP dua darjat. Berikut luahan hati netizan

Salah siapa bila seorang anak terpaksa menanti di balai polis untuk dapatkan surat kebenaran merentas negeri dari jam 9 malam hingga 12 malam untuk pulang ke kampung melihat ibunya yang sedang n4zak. Alasannya dikata untuk pulang bersuka di Kampung.

Salah siapa bila pihak hospital tak mahu bagi kerjasama untuk keluarkan surat mengatakan seseorang sedang bertarung dengan kesakitan agar anak-anak dapat mengemukakan bukti pada pihak polis

Kekesalan lebih lagi apabila dapat kebenaran setelah kem4tian disahkan dan surat m4ti dikeluarkan. Apabila sampai ke kampung jasad telah disemadikan.

Rakyat juga yg salah. Kenapa tak ikut sop, sedangkan golongan bangsawan diberi kelonggaran.

Aku suarakan keterkilanan dengan prosedur pihak yang berkuasa bermula dengan kerajaan dan kegagalan sistem yang ada. Tapi siapalah aku.

Kredit: Izan Yahya

Rata-rata netizan turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa

“Terjadi pd Aku awal Bulan april ni..abang ipar meninggal.. time nazak dah cakap Kat adik beradik kalau blh balik, balik la. Tapi pergi balai tak lepas nak balik. Last sampi meninggal abg ipar beradik lain pergi balai nak mohon balik..tapi balai cakap nak Surat mati dulu. Last surat mati dah dapat baru la balai bagi rentas negeri. Bila adik beradik dah balik jenazah pon tak sempat tengok hanya tengok kubur ja la. Itu abang ipar, bayangkan kalau mak ayah macam Mana? Dah lama tak balik last sampi kg hnya dpt tengok sebujur tubuh yg tak bernyawa lagi..apa rasa? Sedihh beb tambah² anak bujang diperantauan.. tapi bangsa kayangan?

“Kenalan aku waktu PKP 1.0 dia redah balik sorang2 juga balik dari shah alam sebab mak tengah nazak di hospital. Setiap kali roadblock dia video call ayah dia untuk tunjuk bukti mak tengah naz4k. Selamat sampai ke perlis, sempat cium ibu, dan ibu pun pergi… semalam sorang lagi kawan, balik ke Sabah sebab ayah meninggal. Meninggal baru boleh balik. Sakit tak boleh balik..
Haritu ada juga kelonggaran boleh balik kalau parent warded. Tapi kalau kau datang dari redzone, memang tak boleh masuk ward untuk ziarah. Risiko tinggi. Allahu.. moga ibu bapa yang berjauhan dari anak2 diberi kesihatan dan kekuatan untuk harungi taun yg penuh mencabar ni.

“Saya sudah melalui nya tahun lepas  pegi pukul 6ptg setelah dpt panggilan adik mengatakan ayah nazak. Tapi polis tak bagi kebenaran balik dgn alasan kaunter sampai pukul 4ptg shj kecuali kematian. Dapat panggilan ayah meninggal pukul 9malam, pegi semula balai polis, hanya benarkan saya & suami shj. Anak yg berumur 7 tahun & 15 tahun suruh tinggal dirumah sendirian  puas kami pujuk polis tu dekat 1 jam. Bulan puasa time tu, tak sampai hati nak tinggal kan anak-anak sendirian.

Kayangan vs marhaen… sedih layanan 2 darjat, ini coretan khas doktor buat golongan kayangan yang tak segan silu langgar SOP – “Merasalah jadi manusia biasa”

Isu berkenaan turut mengundang perhatian seorang pengamal perubatan yang tidak asing lagi di media sosial, Dr Rafidah Abdullah.

Menerusi laman Twitter, Dr Rafidah secara terbuka meluahkan kekecewaan yang dirasainya terhadap mereka yang digelar ‘golongan kayangan’.

“Kepada golongan kayangan, luangkanlah sedikit masa membaca coretan ini. Saya pelik betul… anda tidak segan silu menjalankan aktiviti langgar SOP terang-terangan. Tidak mengapalah, mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan.

Sebahagian daripada coretan Dr Rafidah Abdullah buat golongan kayangan yang melanggar SOP.

“Saya sebagai rakyat marhaen tidak akan mampu memahami. Saya tidak marah, hanya sekadar kecewa. Walaupun hati tetap membara melihat peningkatan kes Covid-19 depan mata.

“Ya, petugas-petugas kesihatan sudah divaksin. Tapi, kami akan tetap merisikokan ahli keluarga terdekat kami. Kami mungkin selamat daripada mengalami komplikasi bila dijangkiti.

“Tapi ahli keluarga kami semestinya tidak! Kita jauh lagi nak capai 70 peratus populasi divaksin tapi semuanya nampak macam dah lupa SOP,” luahnya.

Sedih, pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh. Susah ke nak ikut peraturan?

Dr Rafidah menambah, dia dapat memahami betapa kecewanya rakyat yang lain apabila menyaksikan perbezaan layanan dua darjat apabila melibatkan penguatkuasaan SOP.

“Sedih, pilu melihat perangai golongan kayangan yang sepatutnya menjadi contoh. Susah ke nak ikut peraturan? Susah ke nak merendah diri? Perlu ke menunjuk-nunjuk?

“Merasalah jadi manusia biasa. Sekali-sekala berlakon depan kamera tak kira,” katanya lagi.

Seakan-akan penat dengan situasi kini apatah lagi berdepan dengan kes yang makin meningkat saban hari, Dr Rafidah menasihati ‘rakyat marhaen’ agar terus menjadi rakyat yang bertanggungjawab dengan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Orang ramai dinasihatkan agar bekerjasama dan berganding bahu bersama petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian virus Covid-19.

“Dua darjat tidak boleh dihapus, kayangan vs marhaen. Dah sinonim dengan kehidupan kita nampaknya. Biarlah kayangan dengan dunia mereka. Yang penting kita rakyat marhaen jalan terus.

“Pedulikan manusia yang langsung tidak menghiraukan kita. Jaga SOP dan vaksinkan diri, lindungi keluarga dan diri, jauhi golongan kayangan ini.

Biarlah mereka terus berada di dalam belon rekaan mereka sendiri,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *