Hiburan

Neelofa Lancar selipar ‘mesra Muslim’ Sekali Harith Iskandar Nak Keluar Tali Leher Dan Tali Jam

Satu demi satu kontroversi menimpa usahawan dan selebriti Neelofa. Selepas isu rentas negeri kini beralih kepada kolaborasi Neelofa bersama jenama selipar terkenal, Fipper. Kali ini netizen ke.coh mempersoalkan selipar tersebut yang dilabel sebagai ‘Muslim Friendly’.

Di laman twitter, tak pasal-pasal selipar ini mendapat ‘free-marketing’ kerana ramai yang berkongsikan isu ini secara meluas. Bukan di kalangan netizen sahaja, isu selipar ”Muslim Friendly’ turut mendapat perhati pelawak dan pelakon, Harith Iskander.

Dengan berkongsi keratan akhbar terhadap isu ini di laman instagramnya, pandangan Harith dianggap melucukan dan bernada sarkastik.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan ini (selipar ”Muslim Friendly’). Mana-mana kawan kepada kaki saya adalah rakan saya. Sekarang saya tahu mengapa saya tidak pernah merasa selesa dengan selipar Jepun saya, mungkin kerana ia tidak cukup ramah (friendly) kepada saya. Saya tidak sabar untuk melancarkan tali leher dan tali jam yang ramah untuk umat Islam.”


Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga menyampaikan pandangan masing-masing tentang isu selipar ‘Muslim Friendly’ ini. Ada berbentuk ke.caman dan ada juga memberi komen positif.

Sementara itu, ada sebilangan netizen yang mempersoalkan harga jualannya mencecah RM79.90 sepasang dianggap mahal. Tapi kita kena lah faham, ini bukan selipar biasa yang kita beli di kedai runcit itu ya!

“Harga Dia MashaAllah” – Netizen Persoal Selipar Neelofa Yang Dikatakan Muslim Friendly

Siapa je yang tak kenal dengan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bukan?

Baru-baru ini kecoh mengenai isu kontroversinya yang dikatakan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana telah merentas negeri. Tetapi, dia menafikannya dan memberitahu itu semua adalah kerana atas urusan kerja.

Namun, namanya kembali menjadi perbualan hangat apabila dia baru saja melancarkan produk terbarunya iaitu selipar yang dikatakan ‘muslim friendly’ bersama jenama selipar tempatan terkenal iaitu Fipper pada 5 April lalu.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Jual selipar yang dikatakan muslim friendly tapi ramai yang mempersoalkan

Difahamkan selipar berkenaan dijual dengan harga RM79.90 sepasang. Harga tersebut mengundang kecaman kerana dirasakan mahal oleh sesetengah individu.

Malah, ramai juga yang mempersoalkan di mana letaknya kegunaan ‘muslim friendly’ tersebut. Disebabkan itu, pihaknya telah mengeluarkan satu kenyataan untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Mereka memberitahu bahawa selipar berkenaan sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin kerana produk mereka sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin.

Lihat perkongsian  itu di bawah:

“Mesti selipar ni serba salah nak jejak tandas” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi kecaman kepada produk terbabit.

Malah, ramai yang berpendapat harganya sangat mahal untuk sepasang selipar. Masih ramai juga yang mempersoalkan di mana letaknya ‘muslim friendly’ itu.

Ketika artikel ini di tulis, perkongsian berkenaan telah meraih 701 retweets, 535 quotes tweets dan 940 likes di Twitter.

Fipper mohon maaf, perjelas isu selipar ‘mesra Muslim’

Syarikat selipar tempatan Fipper tampil memohon maaf susulan kontroversi produk koloborasi dengan selebriti Noor Nelofa yang dikatakan seabagai “mesra Muslim”.

Menurut Fipper, apa yang dimaksudkan dengan istilah itu adalah produk itu dihasilkan sesuai untuk kegunaan wanita beragama Islam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *