Hiburan

Luah rasa penat, tertekan di ig, Dini Schatzmann bagitahu keadaan terkini Janna Nick

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick meluahkan rasa penat dan tertekan terhadap kerjayanya sebagai anak seni sehingga tidak dapat menyembunyikannya lagi.
Malah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, menggap dirinya ‘gagal’ dalam menguruskan kerjayanya yang dikatakan jadualnya penuh sehingga hujung tahun ini.

“Bukan soal saya benci karier atau kehidupan bekerja, Saya suka bekerja, tak boleh tak bekerja. Jadual saya padat sehingga hujung tahun ini.

“Badan saya sangat penat, tapi otak saya tidak. Jadi otak saya terus memaksa badan untuk bekerja.

“Walapun ada hari saya nak rehat, otak saya tetap paksa saya untuk berfikir dan terus berfikir,” katanya.

Pelakon drama Marry Me Senorita meluahkan apa yang dirasa itu menerusi sebuah video yang dimuat naik ke Instagram.

Ketika meluahkannnya, Janna yang sedang memandu di dalam kereta kelihatan beremosi sehingga menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan tekanan.

Dalam masa sama, Janna mengakui letih apabila terpaksa berpura-pura untuk menjadi ‘Janna Nick’ yang disifatkan sebagai topeng untuk kelihatan gembira selain memiliki kehidupan sempurna.

Janna berkata, dia hanya mahukan kehidupan yang ‘normal’ namun akan cuba memperbaiki dirinya dalam situasi tersebut agar semuanya kembali pulih seperti biasa.

“Saya hanya manusia biasa yang mahukan kehidupan yang normal. Saya tak suka bercakap, saya tak suka berjumpa dengan orang.

“Dulu bila tak gembira, saya boleh cari alas an untuk saya tidak gembira. Sekarang saya sangat gembira tapi otak saya tidak membenarkan untuk saya berehat.

“Daripada sini, saya tahu, yang saya adalah masalahnya. Tapi jangan bimbang saya akan cuba pulihkannya,” beritahunya lagi.

“Janna Sedang Berehat Dari Media Sosial” – Dini Schatzmann

Pelakon Dini Schatzmann, 27, menyatakan teman wanitanya, aktres Janna Nick, 25, sedang berehat daripada menggunakan telefon bimbit dan media sosial.

Selepas memuat naik video sedang memandu kereta dalam keadaan menangis, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner langsung tidak membuat sebarang posting di Instagram (IG) miliknya.

“Yang saya tahu dia sedang melalui sesuatu ketika ini.

“Buat masa sekarang, dia sedang berehat (break) dari menggunakan telefon bimbit dan media sosial,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah pelakon drama Marry Me Senorita, dia belum berkesempatan untuk bertemu secara empat mata memandangkan sedang menjalani penggambaran.

“Saya belum dapat berjumpa dengan Janna jadi saya tidak pasti bagaimana keadaannya.

“Saya sedang menjalani penggambaran pada masa ini,” katanya lagi.

Sebelum ini, Janna mendedahkan dirinya mengalami tekanan sekali gus menganggu emosinya kerana jadual kerjanya yang padat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *