Hiburan

Mak Cik Ni Buat Live Jual Baju Online RM1, Sekali Ada Satu Komen Buat Dia Terdiam Sekejap

Menjadi seorang usahawan bukan satu bidang yang mudah kerana banyak cabaran dan halangan yang perlu dihadapi sebelum berjaya.

Bercakap tentang usahawan, siapa sahaja yang tidak kenal pasangan pengasas produk kecantikan, Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina?

Alah, pasangan yang pernah menjadi fenomena di Instagram atas kemesraan mereka dan kejayaan yang dikecapi dalam dunia bisnes sehingga menjadi sumber inspirasi orang ramai tu.

Kali ini, nama Hafiz sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila dia telah membantu dan memberi sokongan kepada seorang Mak Cik yang menjual baju secara atas talian

Berikut perkongsian dari Hafiz

Jam 1AM, saya nampak Mak ni masih buat live berniaga baju bundle

Semalam sebelum tidur, saya scroll facebook. Saya nampak orang share live Mak Idah ni, saya terfikir Jam 1 pagi dia masih berniaga jual baju di live Fb dia

Saya suka tengok dia & anak anak bila buat live, saya nampak dia jual baju murah murah sangat. Saya pun “comment” nak beli berapa pun helai baju mak sebanyak RM1000

Terkejut saya, anak dia kenal saya & anak dia customer saya juga. Allahu tak sangka dapat support mak customer sendiri

Happy Mak Idah, “terketaq” dia cakap. Apa saya nak puji, dia kongsi juga rezeki saya bagi tu untuk beri jubah untuk anak anak tahfiz. Syukur, saya & Mak idah dapat berkongsi pahala

Ni fb mak Mak Idah , insyaAllah boleh support live dia malam malam berniaga

InsyaAllah kita sama sama support siapa pun yg berniaga, lagi lagi mereka yg tengah struggle. Kita support mereka, mereka pun support kita InsyaAllah

“Kejayaan Demi Kebahagiaan”

kredit: Hafiz Mahamad

Melalui keratan perkingsian video tersebut, kelihatan air muka gembira Mak Idah selepas anak dia menjerit-jerit menyebut nama Hafiz Mahamad

Mak Idah juga melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Hafiz serta mengigatkan krpada semua untuk sentiasa mempunyai niat yang ikhlas jika melakukan sesuatu pekerjaan

.
Kredit: Hafiz Mahamad

Berikut pula reaksi dari netizan

“Alhamdulillah syukur
Kita selalu rasa teringin sgt2
Bila pulak agaknya Rezeki saya Pula,bukan teringin nak dapat,teringin sgt2 boleh berbagi macam abg Hafiz Mahamad subhanallah mudahkan segala urusan kami

” Alhamdulillah Semoga Dipermudahkan urusan rezeki mak idah dan abg hafiz sekeluarga semua aamiin ya robbal alamin

” Dalam rezeki kita..ada rezeki untuk orang lain..terbaik bang..aku doakan kau di murahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang baik..aaminn..

Apa Maksud Sedekah Dalam Islam?

kelebihan bersedekah
Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Pemberian ini biasanya akan diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir miskin atau juga kepada pembinaan masjid dan tahfiz.

Ini pula adalah antara dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran:

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Bersedekah adalah amalan yang sangat mulia dan harus dilakukan oleh semua umat Islam.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

artikal by :trendingsangat.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *