Hiburan

Belum selesai isu cvrang, Nissa Sabyan dituduh hamil pula. Sekali Media berkampung depan rumah

NAMA vokalis kumpulan Sabyan, iaitu Nissa terus-menerus menjadi bulan ramai apabila kini dunia hiburan Indonesia mengenai gosip mendakwa penyanyi itu sedang hamil.

Meskipun hal berkenaan sudah menjadi perbualan hangat netizen, Nissa dan keluarga terus mengambil pendekatan mengunci mulut daripada berbicara mengenai kontroversi itu.

Lebih mencetuskan suasana tegang apabila pihak media juga mula berkampung di hadapan kediaman penyanyi itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Namun menurut laporan KapanLagi, hasil tinjauan mendapati rumah yang diduduki penyanyi ini kelihatan sunyi dan pintu tertutup rapat selepas mereka mengetahui kedatangan media.

Pihak keluarga juga memilih untuk tidak keluar rumah dan enggan melayan media yang menunggu di depan rumah sejak awal pagi.

Malah, penghantar barangan juga terpaksa melemparkan barangan ke dalam kawasan rumah atas permintaan keluarga yang enggan keluar.

Kediaman Nissa terkunci rapat dan keluarga enggan keluar rumah. Foto: KapanLagi

Pada Selasa lalu, industri hiburan Indonesia kembali hangat apabila Nissa Sabyan dituduh sedang hamil gara gara sepotong video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Lambe Turah.

Dalam video tersebut, Nissa dilihat mengusap perutnya yang kelihatan sedikit berisi.

Awal Mac lalu, Nissa didakwa menjadi orang ketiga menyebabkan keretakan rumah tangga Ayus dan isteri.

Lebih hangat apabila tersebar pula dakwaan mengatakan Nissa dan Ayus akan berkahwin.

Baik Ayus atau Nissa, kedua-duanya masih mengunci mulut mengenai kontroversi tersebut.

Terpalit isu cur4ng dengan Nissa Sabyan, Ayus sah bercer4i dengan isteri

Selepas lebih sebulan industri seni hiburan Indonesia kecoh tentang isu ‘pelakor’ (pencuri laki orang) membabitkan vokalis kumpulan Sabyan iaitu Nissa dengan salah seorang anggotanya, Ayus, media Indonesia melaporkan pemain keyboard itu telah rasmi bercerai dengan isterinya, Ririe Fairus semalam.

Menurut laporan hot.detik.com, proses perceraian itu telah dibuat di Mahkamah Agama Jakarta Utara yang dihadiri oleh Ririe dan ditemani ahli keluarganya. Bagaimanapun Ayus dilaporkan tidak hadir ke mahkamah.

“Kali terakhir bertemu pada beberapa hari lalu,” kata Ririe kepada media usai prosiding perceraiannya di Mahkamah selesai.

Walaupun mengambil keputusan untuk berpisah, Ririe memberitahu komunikasinya dengan bekas suami tetap berjalan dengan baik untuk berbincang tentang proses perceraian.

Ketika prosiding perceraian dijalankan, Ririe telah memanggil dua orang saksi untuk memberi keterangan tentang masalah rumah tangga yang dialaminya.

“Saya lega proses perceraian ini berjalan dengan lancar dan menerima takdir yang telah diputuskan. Kami berpisah secara baik,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa Ayus bebas untuk bertemu dengan anak-anaknya selepas ini.

Terdahulu, hubungan sulit antara Ayus dengan Nissa terbongkar selepas adik Ayus iaitu Fadhila Nova mendedahkan bahawa abangnya menjalinkan hubungan skandal sejak lebih dua tahun lalu bersama penyanyi tersebut.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu wawancara program Rumpi No Secret Trans TV. Dalam wawancara tersebut, Fadhila memberitahu bahawa hubungan abangnya dengan Nissa terbongkar selepas lelaki itu terlupa untuk memadam perbualan ‘cinta’ antara dia dengan Nissa dalam satu aplikasi chat.

Ayus menerusi sebuah video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di media sosial mengaku bersalah dan memohon maaf terhadap isterinya, keluarga dan anggota Sabyan Gambus yang tidak selesa dengan kesalahan dilakukannya. -K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *