Hiburan

Nora Danish niat khatam Al-Quran sekali lagi. Kali ni dia nak buat lain dri yg lain

SELEPAS berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali pada Ramadan tahun lalu, pelakon Nora Danish menyimpan niat untuk melakukan perkara sama sepanjang bulan puasa tahun ini.
Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 39, berkata, Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja.

“Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah.
“Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing.

“Tahun lepas, saya berjaya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidup dan tahun ini saya berazam dapat ulang lagi benda sama untuk tahun ini,” katanya kepada mStar.
Nora terlibat dalam mempromosikan kempen amal Sebuah Kehidupan.

Tahun ni nak panggil Ustazah

Nora ditemui pada majlis pelancaran kempen amal Sebuah Kehidupan yang berlangsung di Glasshouse, Ampang baru-baru ini.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, tahun ini dia berniat memanggil seorang ustazah untuk memantau bacaannya.

Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah.


“Kalau tahun lalu, saya khatam Al-Quran dengan berpandukan digital pen, kali ini saya akan panggil ustazah untuk pantau bacaan agar apa yang saya baca itu betul dan jelas.
“Saya sentiasa doa agar Allah bukakan hati saya untuk habiskan bacaan Al-Quran dan itu yang saya menangis bila dapat capai perkara itu tahun lalu.

Nora bersama dua anaknya, Rayqal dan Neqayl.
“Suami pun menangis sebab dia tahu saya bersungguh-sungguh (nak khatam Al-Quran) tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga,” katanya.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri Aziz, 38, pada 30 Mac 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, 13 tahun.

Ramadan bulan diturunkan al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Ketua Pegawai Syariah Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Nazri Chik berkata, umat akhir zaman perlu berusaha supaya al-Quran boleh singgah di hati mereka sebagai penerang kehidupan.

Kitab yang mengandungi wahyu daripada Allah SAW itu adalah hidayah dan keterangan yang dapat membantu umat menilai perkara betul serta salah.

“Jika kita boleh adakan masa untuk membeli juadah berbuka puasa dan baju raya, kenapa kita tidak boleh adakan masa untuk membaca al-Quran. Kita juga diberi cara bagaimana hendak khatam pada bulan Ramadan, berapa banyak perlu baca, tinggal lagi kemahuan untuk melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata, membaca al-Quran pada bulan Ramadan tidak sama dengan membacanya pada bulan lain kerana hukum membaca al-Quran bukan wajib, tetapi sunat. Namun, apabila dibaca pada bukan Ramadan, ganjarannya ibarat melakukan amalan wajib pada bulan lain.

Justeru katanya, sesiapa yang melakukan biarpun sekecil kebajikan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan mulia ini, termasuk membaca al-Quran, dia seakan sudah melaksanakan amalan fardu.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *