Hiburan

Papar detik bahagia bersama suami, netizen mula ‘bitter’ dgn story Neelofa di IG

Setiap aktiviti yang dilakukan selebriti popular Neelofa bersama suaminya Haris Ismail yang kini berada di Pulau Langkawi, Kedah atas urusan kerja sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, Neelofa menerusi InstaStorynya berkongsi momen-momen bahagia bersiar-siar di pulau peranginan tersebut bersama suami tercinta.

Sejak semalam, Neelofa memuat naik beberapa video memaparkan dia dan Haris bersiar-siar sambil menaiki kereta kabel.

Dalam perkongsian tersebut, mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia kerana tidak lekang daripada berpegangan tangan sepanjang menghabiskan masa di atas puncak lokasi kereta kabel berkenaan.

Hari ini pula, pasangan sejoli itu dilihat seronok menaiki ‘jetski’ dengan mengelilingi dan menikmati keindahan pulau di sana.

Sebelum mereka keluar melakukan aktiviti tersebut, bekas pengacara MeleTOP itu sempat mempromosikan minuman botani keluaran jenama produknya, Nilofa

Seakan-akan tidak berpuas hati, terdapat segelintir warganet mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP berkenaan dengan memuat naik tangkapan skrin video tersebut.

Masih angkuh kongsi gambar ‘travel’?

Malah, terdapat juga individu seolah-olah memerli selain bersangka baik bahawa Neelofa mungkin akan membuka cawangan produk minuman Chatime di atas laut.

Melawat kawasan untuk bina kedai terapung pertama…

Husnuzon jelah! Cawangan baru kat tengah laut, Jangan salah sangka! Satu atas awan, satu tengah laut


Makin menjadi2 angkuh?


Ingatkan ada suami ustaz ni…


Sebelum ini, InstaStory usahawan berkenaan yang menaiki kereta kabel turut dipersoalkan apabila netizen mendakwa mungkin dia akan membuka cawangan produk minuman di lokasi ketinggian ‘cable car’.

Terdahulu, menerusi laporan media, Neelofa dan suaminya melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah serta Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baru.

Aduh ada saja tak kena di mata netizen! Dah alang-alang sampai lokasi percutian idaman ramai, apa salahnya ‘cuci mata’ kejap kan?

Seperti yang terjadi kepada Neelofa. Dua hari lalu, polis pun sudah mengesahkan bahawa perjalanan rentas negeri selebriti itu bersama tiga lagi individu ke Langkawi atas urusan kerja, namun netizen tetap mempersoalkan alasan tersebut.

Tidak cukup dengan kenyataan polis, pihak Chatime pula mengeluarkan kenyataan bahawa selain Langkawi, lokasi lawatan kerja yang akan dikunjungi Neelofa dan Haris ialah Sungai Petani dan Kangar, Perlis sempena pembukaan cawangan baharu.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pergerakan Neelofa dan Haris atas alasan kerja.

Dari satu sisi lain, netizen mempersoalkan tergamak sungguh pihak Chatime sehingga menidakkan ‘cuti ihsan’ buat pengantin baharu. Baru sehari bernikah, terus dijemput terbang untuk urusan kerja. Tak bagi peluang langsung.

Ada juga yang kata, sebelum nikah tak ada pula cerita Neelofa berkunjung ke Chatime, alih-alih dah kahwin terus terbang ke Langkawi atas alasan sebegitu ‘kayangan.’

Sejujurnya, sejauh mana kebenaran dan seberapa banyak komitmen pengantin baharu itu terhadap urusan kerja berbanding bulan madu seperti kecaman umum, mungkin perkara tersebut hanya dipisahkan garis halus bersandarkan niat.

Untuk penulis, cukup-cukuplah usaha menjejaki pengantin baharu itu. Lepaskan seketika Neelofa dan Haris yang sambil menyelam ‘minum’ air bulan madu mereka itu, hilang gelap timbullah terangnya nanti.

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *