Uncategorized

Pelajar ini ditangkap berdua-duaan dlm tandas, sekali Cikgu ni pulak dikeecam netizen

Sebuah video dimuat naik oleh satu akaun TikTok telah mengundang k.ritikan dan k.ecaman ramai netizen selepas dikatakan menunjukkan video dua pelajar dari Sabah dimarahi guru. Melalui video berkenaan, pelajar lelaki dan perempuan dari dua sekolah menengah berlainan dan dipercayai telah dit.angkap berdua-duaan di dalam sebuah tandas.

Seorang lelaki berbaju batik biru yang dipercayai adalah guru dilihat mem.arahi kedua-dua mereka serta meminta dua pelajar tersebut memberikan nombor telefon ibu bapa untuk dihubungi.

Awak sudah kurang ajar. Apa nombor telefon (ibu atau bapa)?”

Kau faham soalan saya? Apa nombor telefon bapak kau?”

Netizen m.arah – tak blur muka, lencana sekolah

Video itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengk.ritik si perakam kerana dikatakan tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

Sudahlah merakam, netizen juga turut meng.ecam kerana muka dua pelajar tersebut serta lencana sekolah mereka tidak dik.aburkan. Malah, ada yang turut membandingkan tindakan si perakam dengan stesen televisyen seperti TV3. Kata individu itu,

Sedangkan TV3 yang polis tu pun dorang tutup muka penje.nayah.”

Meng.aibkan, merosakkan masa depan pelajar

Menurut netizen, paling tidak pun sebelum video itu dimuat naik, kaburkan dulu muka serta lencana sekolah mereka. Tindakan si perakam dan individu yang upload video itu di TikTok dikatakan mengaibkan dan boleh merosakkan masa depan pelajar berkenaan.

Ramai yang turut berpendapat agar isu tersebut diselesaikan oleh pihak sekolah, bukannya dirakam dengan niat untuk viralkan dan memalukan pelajar.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami menjadikan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku supaya kamu saling kenal mengenal”
Surah Al Hujurat : 13

Allah S.W.T telah menciptakan manusia dengan mempunyai pelbagai perbezaan latar belakang, jantina, suku kaum dan bangsa. Dengan segala perbezaan dan keunikan inilah manusia boleh saling mengenal dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi antara manusia mestilah melalui pergaulan sama ada pergaulan tersebut di antara sesama jantina ataupun dengan berlainan jantina dan apabila pergaulan tersebut melibatkan jantina yang berlainan.

Maka adanya batas-batas pergaulan yang seharusnya diikuti. Allah S.W.T telah pun memberikan garis panduan di dalam menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan sama ada sebagai kawan mahupun rakan sekerja sudah tidak asing lagi pada masa kini. Islam tidak pernah melarang perhubungan tersebut asalkan ianya tidak melanggar aturan syariat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, apakah garis panduan dan batas yang harus kita ikuti ketika bergaul di antara lelaki dan perempuan?

#1- Tidak Duduk Secara Berdua-Duaan

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya”
Riwayat Muslim

Abdullah Ibnu umar R.A juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duaan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan”

Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan adalah suatu perbuatan yang diharamkan di dalam Islam.

Oleh itu, sekiranya mempunyai sebarang hajat dan keperluan yang harus diselesaikan, maka perjumpaan tersebut boleh dilakukan tetapi hendaklah dilakukan secara berkumpulan ataupun secara beramai-ramai. Elakkan daripada berjumpa secara berdua-duaan.

Namun sekiranya terpaksa dan urusan tersebut sememangnya melibatkan hanya dua pihak, maka perjumpaan secara berdua-duaan boleh juga dilakukan tetapi perjumpaan itu haruslah dilakukan di tempat yang umum iaitu di tempat yang mempunyai ramai orang serta tidak sunyi yang tidak akan mengundang fitnah kepada kedua-duanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *