Hiburan

Baru Je Netizan Puji Pembaca Berita TV Berani Sound Pegawai, Sekali Dia Kena Siasat

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan pembaca berita itu telah menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutama pasukan PDRM.

“Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandemik COVID-19,” katanya kepada BH di Bukit Aman, semalam.

Acryl Sani mengulas insiden seorang pembaca berita yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika membaca laporan berita.

Hingga kini kes berkenaan masih dalam siasatan polis. Laporan berkenaan adalah berhubung kejadian seorang peniaga burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, Acryl berharap segelintir pihak di negara ini untuk tidak menimbulkan isu fitnah dan kebencian terhadap pihak berkuasa khususnya melalui media sosial.

Tindakan sedemikian sebenarnya akan menyebabkan keharmonian antara agensi penguat kuasa terutama pasukan polis dan masyarakat terhakis. Katanya, masyarakat diminta untuk menghayati kembali prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang dipelajari sejak dari bangku persekolahan.

“Kita berharap supaya masyarakat di luar sana untuk tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak berasas di media sosial sehingga boleh menghakis keharmonian antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.

“Saranan saya, sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan apa juga tindakan yang diambil oleh agensi penguat kuasa, sila majukan sebarang permasalahan yang dihadapi menggunakan saluran yang betul,” katanya.

Polis dan masyarakat adalah saling memerlukan antara satu sama lain dan budaya menularkan perkara-perkara yang tidak berasas berhubung ketidakpuashatian terhadap agensi penguatkuasa semakin hari semakin membimbangkan.

“Saya perhatikan perkara ini seolah-olah menjadi satu ‘trending’ dan sekiranya tidak diatasi maka kita bimbang ia akan menghakis kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.

“Justeru saya minta kepada semua pihak untuk menggunakan saluran yang betul dan tidak cuba menyebarkan sesuatu perkara tidak berasas atau yang belum diketahui lagi asas kebenaran dan kesahihan maklumatnya,” katanya.

Seorang peniaga burger kecewa apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan.

Dengan hanya berniaga di hadapan rumahnya Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi pihak polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggannya kira-kira jam 11 malam.

Ketika ini, negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jual burger depan tangga rumah, peniaga kecewa dikompaun RM50,000

Bukan lagi RM50,000, nilai kompaun ke atas peniaga burger depan rumah diteliti semula – Polis

Polis meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

“Selain peniaga burger yang kisahnya ditularkan itu, dua lagi pemilik premis kedai makan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama.

“Polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, susulan daripada aduan orang awam, Polis Kelantan turut mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa pada hari sama.

PEMBACA BERITA DIPUJI KERANA BERCAKAP LANTANG

Seorang pengguna Twitter, @Zulhelmikhari memuat naik video sedutan paparan berita di laman Twitter memperlihatkan penyampai berusia 32 tahun itu sedang membaca berita dengan menyelit skrip ‘tiada otak’.

“Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut.

“Mengenakan kompaun RM50,000 pada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri, usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga 11 sekeluarga,”

Ciapan video tersebut diulang kicau hampir 30,000 kali dan mendapat 40,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang berkongsi reaksi kagum terhadap personaliti berasal dari Ipoh, Perak itu.

VIDEO:

Rata-rata memuji cara penyampaian Luqman yang berani tanpa perlu ‘berlapik’ ayat-ayat tertentu selain menyifatkan memerlukan lebih ramai lagi penyampai sebegini yang berpihak kepada suara majoriti.

Terdahulu, Wan Mohd. Faisal yang berdepan kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan di Kota Bharu diminta mengemukakan rayuan agar boleh diberikan pengurangan atau pengecualian kompaun.

Neelofa nak bantu

PENIAGA burger yang dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menyangka selebriti Neelofa sudi menghulurkan bantuan ketika dia dan keluarganya berdepan ujian.
Menurut isteri kepada peniaga berkenaan, Norlaili Shasii, 36, selain Neelofa yang tampil menawarkan bantuan, mereka turut dihubungi pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman.

“Peguam Neelofa ada call petang semalam, dia tanya tentang jumlah kompaun dan cara nak bantu selesaikan.

Sumber: Twitter @Zulhelmikhari via Astro Awani / OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *