Hiburan

“Heii Cinta Gap0″Suka Hati Dia Rembat Quran 0rang Nasib Dah Jadi Suami

Impian penyatuan dua jiwa antara dua insan ini akhirnya menjadi kenyataan, seolah-olah satu hembusan nafas lega bagi keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

Begitu juga dengan jutaan peminat yang tidak pernah letih mengikuti episod berteka-teki selama ini.

Bagi mereka, tarikh dan peristiwa indah hari ini mengesahkan segala harapan dan doa buat personaliti yang mereka sayangi.
Memang serba indah majlis perkahwinan pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Alhamdullilah.. hadiah yang sangat bermakna untuk Lofa dari Haris , cantik pecaturan Allah untuk mereka berdua .semoga terus bahagia…

Laman instagram penuh dengan gelagat pasangan sehat1 sej1wa ini.Sesiapa sahaja yang melihat gelagat Neelofa bersama Haris pasti akan meninggalkan kesan positif.

Neelofa yang kini semakin bahagia dengan rumah tangga yang dibina baru-baru ini,sering mendapat perhatian netizen.

Suka hati dia je rembat quran orang punya  nasib baik dah jadi suami & ikhlas bagi

Menurut Neelofa sebelum mendirikan rumah tangga, Haris pernah bertandang ke rumahnya ketika berterawih pada tahun lepas. Haris tertinggal Al Quran tersebut dan Neelofa gunakannya untuk kelas tilawah Al Quran, namun Haris meminta kembali tapi Neelofa cakap dia sudah ada tanda bacaan di Al Quran tersebut

VIDEO:

Takkan nk “jatuh cinta dengan kotak” pon tak boleh cik suami?  Kena jatuh cinta dengan suami je

KOMEN NETIZEN:

Majlis yang diadakan secara tertutup itu telah bermula seawal 10 pagi dengan kedatangan tetamu-tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua pasangan.

Bagi Neelofa, 32, dan Haris, 26, jejak melintas gerbang hidup sebagai pasangan suami isteri dipatri setelah sempurna ijab kabul dengan sekali lafaz di Hotel Grand Hyatt, di sini, jam 11.43 pagi.

Momen sedih turut dirasai apabila adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor, yang mewakilkan wali (bapa Neelofa) jelas sebak semasa menikahkan mereka berdua.

Ikatan halal kedua-dua mempelai itu lebih istimewa apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri turut hadir untuk menyampaikan khutbah dan tazkirah ringkas.

Detik tersebut seterusnya beralih ke dewan pelamin gilang-gemilang berona putih bersaksikan para tetamu jemputan.

Turut kelihatan, antara rakan selebriti yang hadir pada hari bersejarah itu ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Kilafairy, Shalma Ainaa dan Datuk Rizalman Ibrahim.

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid oleh Lah Ahmad dan InTeam.

Semuanya serba putih, dari pasangan mempelai sehinggalah ke hiasan dewan yang dipenuhi empat tan bunga segar berwarna putih yang direka oleh ReekaTeemor.

Momen perkenalan

Detik perkenalan antara Neelofa dan Haris bermula sekitar Jun 2017 dan mereka kali pertama menjalin kerjasama pada tahun 2018 atas nama tugas.

Namun, jodoh pertemuan itu adalah milik Allah apabila mereka kembali berdua kembali berhubung dan fasa mengenali hati budi masing-masing pun bermula.

Bekas pengacara MeleTOP itu mula terpikat dengan Haris kerana sikapnya, khususnya pada perwatakan yang lemah lembut, baik hati dan matang.

“Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.

Dalam pada itu, pengacara program bual bicara Next To Neelofa itu turut memberitahu, dia masih belum memikirkan untuk berehat sementara dari dunia perniagaan memandangkan banyak hal yang perlu diuruskan biarpun selepas berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *