Amalan

Ramai Berduka Tak Dpt Balik Raya, Sekali Mufti Wilayah Cakap H4ram. Ini Sebabnya

KUALA LUMPUR: Haram hukumnya melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, seperti yang ditetapkan kerajaan, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Beliau berkata, asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

“Sekarang angka (jangkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?

Gambar hiasan. Foto fail NSTP.

“Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran COVID-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom, hari ini.

Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penularan COVID-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima larangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

“Sekiranya untuk kebaikan, sebagai rakyat ia perlu diikuti. Jika tidak risiko (disebabkan jangkitan) adalah tinggi,” katanya.

Luqman berkata, beliau sendiri sepatutnya ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat baru-baru ini tetapi membatalkannya bagi mengelak sebarang risiko jangkitan.

“Saya sudah mendapat surat (kebenaran rentas negeri) polis tetapi apabila seluruh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terpaksa berfikir semula.

“Jika balik, mungkin saya (dijangkiti) atau menjangkiti mereka di sana jadi saya tidak ke Kelantan dan hanya menjalani mesyuarat secara dalam talian.

“Jika ada keperluan, bolehlah merentas negeri dan kerajaan juga membenarkannya jika ada keperluan tetapi jika hanya untuk tujuan sosial, ia akan hanya membawa risiko yang tinggi,” katanya.

Tidak boleh balik raya – Ismail Sabri

PETALING JAYA: Larangan perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan, sekali gus umat Islam tidak boleh ‘balik kampung’ untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perjalanan antara daerah di negeri sama dibenarkan, kecuali di Sabah dan Sarawak.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilftri pada pertengahan bulan depan masih lagi diteliti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum dapat dimuktamadkan.

“Insya-Allah, saya sendiri akan mengumumkan SOP itu setelah lengkap dalam masa terdekat sebelum umat Islam meraikan Hari Raya Puasa nanti,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, pihak Jakim ketika ini sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara mengenai SOP perayaan itu sebelum dapat diumumkan.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 13 atau 14 Mei depan.

sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *