Hiburan

2 Hari Sebelum Ramadan, Nonny Nadirah ‘Payung’ Video Baru Main Burung Merpati

Pelakon Nonny Nadirah terus menghangatkan platform media sosialnya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram.

Dalam kemas kini di Instagram Stories, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, berkongsi pula beberapa potongan video.

Kali ini seorang wanita mirip wajah Nonny mengenakan dres seakan-akan pareo berwarna merah namun menutup sebahagian bahu dan lengannya dengan cardigan putih.

Sebahagian daripada wajahnya diletakkan stiker rama-rama biru sambil memaparkan aksi wanita terbabit sedang berdiri tersenyum.

Pada masa sama bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu turut memegang beberapa ekor burung merpati putih di tangannya.

Tulis Nonny ringkas pada keterangan video berdurasi empat saat itu; tc (yang membawa makna take care atau jaga diri baik-baik).

Selain itu, Nonny turut mengisi ruang Instagram Stories dengan emoji burung merpati putih dan dikelilingi emoji love selain emoji cili merah disertai keterangan ‘Honey Bee’.

Tingkah laku Nonny di Instagram mencetuskan kerisauan ramai pihak sejak 26 Mac lalu apabila memuatnaik video wanita berpakaian seksi di ruangan feed Instagram.

Selepas memadamkan video terbabit, Nonny berkongsi pula foto seorang wanita berkemban dalam tong air merah.

Sehingga kini, Nonny masih gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Sil4p kedua, silap besar…buat dia menangis: Nonny Nadirah

LEBIH setahun memencilkan diri akibat masalah peribadi yang dihadapinya, penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar dirinya dalam tempoh itu.

Menerusi satu perkongsian panjang di Instagram miliknya, kata Nonny, dia pernah menjauhkan diri daripada keluarga dan orang-orang yang dekat dengannya kerana tidak mampu mengawal emosi yang bercampur baur ketika itu.

Nonny sebelum ini pernah berkongsi tentang keadaan kesihatannya yang tidak begitu baik dalam satu tempoh yang lama, malah pernah dimasukkan ke hospitak beberapa kali kerana mengalami muntah darah.

Disebabkan itu, pelbagai tanggapan telah diberikan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima ini termasuk didakwa mengalami mild depression, selain dikaitkan dengan sihir dan penyakit misteri buatn orang.

“Setahun lebih aku struggle lawan diri sendiri dengan emosi. Konon OK, padahal tak. Senang untuk cakap move on, mungkin korang pernah melalui fasa tu.

“Aku pertama kali. Nak hadam ambil masa, mungkin bertahun. Maaf, aku minta maaf. Sebenarnya, hakikatnya, aku tak kuat. Itulah yang aku nak sampaikan.

“Bukan hanya dengan sahabat-sahabat, kawan-kawan tapi dengan orang paling penting dalam hidup aku yang paling aku sayang, keluarga aku,” tulisnya.

Menurut Nonny, 30, pada awalnya dia merasakan dengan bersendiri masalahnya akan dapat diselesaikan, namun ternyata ia sebaliknya.

Lebih mengharukan, kata Nonny, pada Jumaat lalu dia kembali menghubungi ibunya, setelah tidak berbuat demikian dalam tempoh yang agak lama kerana masalah yang dihadapinya.

“Ramai yang sayang kat aku, care pasal aku tapi semua aku buat tak tahu. Aku diam, diam dan terus diam. Tapi diorang tetap cari dan support aku. Korang tahu siapa korang.

“Jumaat lepas, satu jam aku nangis minta maaf, minta ampun dengan ratu hati aku sebab aku hilang tanpa khabar berita dan tak peduli tentang dia.

“Lama, agak lama aku lost. Hari-hari meratap, nangis jadi makanan harian. Nangis lagi. Aku simpan semua sorang-sorang.

– Foto Instagram Nonny Nadhirah
“Dia dengar, dia nangis, risau pasal aku. Aku lagi sedih. Silap kedua, silap besar. Buat dia menangis, aku lagi berdosa besar. Ampun Ma. Allahuakbar,” luah Nonny yang turut berkongsi paparan skrin perbualan dengan ibunya.

Nonny bagaimanapun menganggap apa yang berlaku ke atas dirinya itu sebagai satu ujian. Malah percaya semua itu mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri buatnya.

“Semasa aku dalam proses ini, banyak benda yang aku belajar, serius banyak! Seberat mana dugaan atau pun ujian yang kita lalui, berbaliklah kepada Allah. Jawapannya ada dengan DIA.

“Belajar untuk memaafkan dan muhasabah diri kita lebih daripada sebelum ini. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini,” ujar Nonny yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada Ahad.

Nonny mendirikan rumah tangga dengan dengan penolong penerbit Media Prima Berhad (MBP), Mohamed Mustain Adnan pada 18 Mac 2018 selepas hampir sembilan tahun berkenalan. Namun rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila pasangan ini memfailkan perceraian pada 2019 tanpa menyatakan punca perpisahan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *