Hiburan

Individu Ini Rebus Facemask Sebab Takut Cacing. Doktor Ini Beritahu Kesan Bila Rebus

KISAH tular terdapat cacing halus pada pelitup muka sehingga menyebabkan seorang pemilik Facebook mengambil tindakan memasak sebelum menggunakan pelitup muka itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Doktor Perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman yang tampil memberikan pandangan menerusi Facebooknya.

Dr Arisman menegaskan, jangan sesekali basuh atau masak (rebus) pelitup muka jenis tiga lapisan itu.

“Apabila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya.

“Pada masa sama, ada kajian menunjukkan kecekapan penapisan atau filtration efficiency menjadi rendah iaitu di bawah 95 peratus,” beritahu Dr Arisman.

Memperincikan lebih lanjut, beliau berkata, pelitup muka yang dibeli itu hanyalah untuk sekali guna sahaja (single use).

“Nak pakai untuk sehari boleh, tetapi bukan sampai dua atau tiga hari tau!,” tegasnya.

Pada masa sama, ada sesetengah orang yang kurang berkemampuan sehingga terpaksa membasuh pelitup muka untuk menghilangkan kotoran. Namun, ia bukan cara terbaik.

“Tindakan itu bukan sahaja tidak pemberi pelindungan kepada si pemakai, malah akan lebih memudaratkan,” ujarnya lagi.

Oleh itu, saranan Dr Arisman, kaedah lainnya, orang ramai boleh membeli pelitup muka jenis kain agar ia dapat dicuci dan dipakai semula.

Mengulas dakwaan cacing terdapat pada pelitup muka pula, Dr Arisman berkata, sejak 13 tahun dalam dunia perubatan, beliau belum pernah beliau menemui kes sebegitu.

Pendek kata, ia sangat mengarut.

Selain itu, pesannya lagi, tidak perlu menyembur alkohol pada pelitup muka kerana itu sangat bahaya.

Sumber : Sinar Harian

Buang pelitup muka dengan cara yang betul

MEMANDANGKAN pemakaian pelitup muka yang diwajibkan sejak 1 Ogos lalu sebagai alat pelindung diri, maka cara pembuangannya perlu dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelak penul4ran C0vid-19.

Malangnya ramai yang tidak memandang berat perkara tersebut dengan membuangnya di atas jalan raya, parkir kenderaan, laluan kedai, longkang dan sebagainya.

Kebimbangan itu turut dilahirkan oleh Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut Lam Thye, tindakan membuang pelitup muka dengan cara sedemikian boleh menyebabkan pengumpul sampah menjadi kumpulan yang paling mudah terdedah, sekali gus menyebarkan jangkitan.

Malah cadangan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap orang ramai yang sengaja membuang pelitup muka tanpa mengikut kaedah yang tepat disokong memandangkan langkah tersebut dapat melahirkan rakyat yang lebih bertanggungjawab dalam membendung vir.us C0vid-19.

Tindakan itu perlu dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab ekoran boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan mengakibatkan saluran air tersumbat.

Justeru, orang ramai diminta membuang pelitup muka dengan kaedah yang disaran oleh Kementerian Kesihatan seperti melipat dan menggulungkannya sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Marilah kita bersatu dalam membendung penularan pandemik Covid-19 sehingga virus itu ‘lenyap’ dari muka bumi ini. Selagi tiada vaksin atau penawar, maka kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan kawalan kendiri agar tidak dijangkiti.

IMAN KHALID
Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *