Hiburan

Rentas Negeri Hanya Utk Hadiahkan Kereta Pada Ibu Bapa, Ramai Meng4muk Dgn Leeyanarahman

Kini, perkataan ‘rentas negeri’ merupakan perkataan yang sangat sensitif buat semua rakyat Malaysia lebih-lebih lagi selepas kita semua diberi bayangan bahawa tiada aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Namun, posting terbaharu yang dibuat oleh pemilik butik fesyen Leeyanarahman telah menaikkan kemarahan warganet.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya pada 18 April lalu, beliau telah diberi kebenaran untuk merentas negeri bagi menghadiahkan sebuah kereta kepada kedua ibu bapanya yang berada di Kuala Terengganu.

Dalam masa yang sama, difahamkan mereka hanya berkunjung ke sana dalam masa sehari sahaja dan turut mengakui telah mematuhi segala syarat yang diberikan.

Walaupun sudah dijelaskan tetapi netizen tetap tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan olehnya serta suaminya iaitu Hafiz Hamid.

Menjengah ke laman Twitter, ramai netizen meluahkan rasa ber4ng mereka dan menyifatkan ia sebagai keputusan yang berat sebelah.

Sebelum ini, syarikat Leeyanarahman turut pernah mendapat perhatian apabila mereka telah mengadakan fesyen show tanpa mengikut SOP yang ditetapkan.

Maklum lah, di saat ini setiap perbuatan mereka yang berpengaruh mesti akan diperhatikan netizen dan turut dipertikaikan.

Tetapi seeloknya perkara begini tidak harus diperbesarkan memandangkan isu ‘rentas negeri’ merupakan satu perkataan yang sensitif.

Semoga dengan penjelasan yang diberikan dapat diterima oleh netizen sendiri.

Pemilik Butik Fesyen Leeyana Rahman Rentas Negeri Demi Hadiahkan Kereta Untuk Mak Ayah – “Kami Dapat Kebenaran Tapi …”

Pasangan pemilik butik fesyen terkenal Leeyana Rahman, Yana Lee dan suami Hafiz Hamid menjelaskan telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Besut, Terengganu.
Tujuan rentas negeri tersebut semata-mata mahu memberikan kejutan sebuah kereta baharu buat kedua-dua orang tua mereka di kampung.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan untuk berada di negeri terbabit dalam tempoh sehari sahaja sebelum diarahkan pulang pada hari yang sama.

“Ramai yang DM macam mana boleh rentas negeri.

“Ceritanya macam nie. Kita dapat kebenaran merentas sebab nak hantar kereta yang @yaana.lee beli untuk parents yang jauh nun di Besut.
“Mak ayah warga emas yang tak boleh pergi KL. Dan ada few syarat yang dikenakan which is, semalam hantar harini kena balik. And hanya 3 orang sahaja dibenarkan merentas.

“And malam nie, kena bawa balik kereta Alza lama ayoh bawak balik KL untuk dijadikan kereta office. Yang penting, mendapat kebenaran rentas yang sah. Penat jadi hafizhamid. Semua benda perlukan explaination,” jelas Hafiz.

Hal sama turut dimaklumkan Yana menerusi laman Instagramnya pada Ahad.

“Alhamdulillah, surprise Ramadan untuk mak ayah.

“Dari Oktober tahun lepas booking pre order kereta ni, minggu lepas baru dapat. Syukur Alhamdulillah. Kami dapat kebenaran rentas negeri tapi sehari je. Malam ni terus balik KL.

“Walaupon kadang-kadang mak ayah kita `menolak’ tak mahu duit kita, tak mahu hadiah dari kita, namun rebutlah peluang tetap beri walaupun nilainya sedikit kerana dari situlah Allah lorongkan keberkatan dalam kehidupan kita dan dalam setiap rezeki kita,” ujarnya.

Yana turut berkongsi sepotong video kejutan yang diberikan kepada kedua-dua ibu bapanya yang turut menyentuh hati ramai.

Pernah Buat Lawak Tak Pakai Mask, Tiada Jarak Fizikal

Pertunjukan fesyen baru-baru ini mengundang k3caman rakyat Malaysia  kerana didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (S0P) C0vid-19.

Dalam pada prosedur operasi standard (SOP) yang kian dilonggarkan oleh kerajaan, sudah pasti ramai yang cuba meneruskan kelangsungan hidup serta aktiviti yang sekian lama tertangguh.

Sama juga seperti jenama busana popular tempatan yang mengambil kesempatan ini untuk melangsungkan acara fesyen bagi koleksi raya untuk tahun 2021 kelmarin.

Meskipun turut ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook dan YouTube namun kelihatan ramai hadirin yang memenuhi acara tersebut daripada beberapa keping foto yang dikongsikan di akaun rasmi Instagram jenama tersebut.

Seorang pengguna di Twitter mempersoalkan pertunjukkan itu di mana orang dapat dilihat duduk bersebelahan dan tidak memakai pelitup muka  sebagaimana yang diwajibkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, di akaun Twitter lain menyiarkan video yang didakwa pengasas syarikat itu yang mengatakan bahawa mereka tidak perlu mengikuti SOP untuk acara tersebut

“Tidak ada SOP untuk hari ini dan jika ada s4man, boleh menuntut kompaun tersebut dari Awin”
Hafiz Hamids, Founder  Leeyanarahman

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan jenama tersebut yang sepertinya tidak ambil pusing mengenai kepentingan menjaga diri pada saat yang genting ini bagi memastikan negara dapat membendungi w4bak C0VID-19.

Sumber foto dan video: Instagram Leeyanarahman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *