Fashion

Sah Berc3rai, Ini Permintaan Muiz Kpd Nadia Yg Terpaksa Dibuat Diluar Mahkhamah

Selepas dituduh berlaku curan.g, pelakon Nadia Brian mengesahkan dia dan suami Muizz Nasruddin sudah bercerai talak satu, kelmarin.

Permintaan Suami

Nadia berkata, lafaz itu dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.

“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat jam 8.20 malam. Dah selesai semuanya. Alhamdulillah saya OK,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan, Muizz sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Isu pergolakan rumah tangga mereka mula dihidu umum sejak Oktober tahun lalu. Ia susulan Muizz mendakwa Nadia curang terhadapnya.

Mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 November 2019.

Bintang filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu berkata, kini fokusnya adalah pada bidang lakonan serta keluarga terutama ibu dan neneknya.

“Saya perlu fokus pada kerjaya dan keluarga. Saya ingin jaga ibu dan nenek. Nenek masih ada, justeru kenalah berbakti pada orang yang lebih tua,” katanya.

Terdahulu Tiga bulan dah tak sebumbung
Menerusi Berita Harian, Muizz memaklumkan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan isterinya Hal ini berikutan pelakon tersebut enggan pulang ke rumah mereka dan memilih tinggal bersama ibunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *