Hiburan

Pertama kali kongsi gambar bersama, identiti wanita sebelah PU Riz tarik perhatian ramai

Selepas mendirikan rumah tangga, kisah keluarga selebriti Neelofa memenuhi hampir semua platform media sosial. Tapi jarang pula kita mendengar cerita keluarga suaminya pendakwah bebas Haris Ismail bukan?

Terbaru, adik kepada Haris atau PU Riz yang mesra dipanggil Shakira memuat naik sekeping foto mereka di atas pelamin sewaktu majlis pernikahan abangnya minggu lalu.

Jika diperhatikan, Shakira sangat menjaga privasi dan ini adalah gambar pertama bersama keluarganya yang dimuat naik untuk tatapan umum.

Posting tersebut mendapat hampir 6,000 tanda suka selain dipenuhi komen netizen memuji kecantikan wajah gadis berkenaan dalam persalinan serba putih itu yang dilihat ‘sweet’ dengan abang kesayangan.

Video Player

Adik-beradik ‘elok’!Cantiknya dia!


Ada iras kakak ipar…

Terdahulu, pasangan selebriti berkenaan dinikahkah adik lelaki Neelofa iaitu Mohd. Aqief Mohd. Noor di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

Pengantin perempuan tidak mendedahkan mengenai hantaran sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

Isu anak mak bukanlah benda baru dalam masyarakat kita. Baik orang biasa mahupun selebriti turut mengalami situasi tersebut. Ada yang kurang gemar dilabel sedemikian, tak kurang yang bangga.

Demikian juga dengan selebriti bernama PU Riz ini. Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’. Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.

“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.

“Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.

Mahu teruskan legasi ayah

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.

“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.

“Dunia seni masih saya cintai dan berjalan macam biasa. Cuma saya melihat prospek perniagaan makanan ini khususnya boleh dikembangkan dengan baik. Kalau sebut fasal makan ini semua orang perlukan makanan. Pilihan makanan di luar sana memang macam-macam.

Anjur ceramah agama di restoran

Bercerita lanjut mengenai restoran miliknya, premis makanan itu menyediakan lebih 500 lauk pauk Melayu, Thailand dan Barat.

“Sejak dari awal lagi, saya memang tak lepas tangan menguruskannya. Sibuk mana pun, saya akan cuba bahagi masa untuk restoran ini. Dari awal mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia hinggalah beroperasi sampai sekarang, saya akan ambil bahagian.

“Saya turut berusaha mencari tukang masak terbaik sampai pergi ke Kelantan. Banyak juga kos yang dilaburkan termasuk mengubah suai semula restoran ini kerana ia diambil dari sebuah kedai lama yang diuruskan pihak lain,” katanya.

Malah Riz turut menganjurkan ceramah agama di premis berkenaan dalam menyuntik elemen kerohanian sambil menjamu selera.

Sumber: Instagram Shakira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *