Hiburan

Selalu Di Kait Dgn Geng plastik hitam, ini reaksi Bell Ngasri

KUALA LUMPUR : Sering sahaja dikaitkan dengan gelaran geng plastik hitam setiap kali menjelang Ramadhan, pelakon dan pelawak popular, Bell Ngasri, 40, tidak tersinggung dirinya menjadi bahan jenaka orang menerusi watak Barkoba dan Ngasri dalam drama16 dan 17 Puasa.

Menurut Bell, sebagai seorang pelakon, tentunya dia profesional dalam menggalas tugas itu dan gembira apabila watak lakonannya diterima baik oleh penonton dan masyarakat.

“Walaupun asal bulan Ramadhan ada sahaja yang menjadikan wajah saya sebagai jenaka geng plastik hitam, tapi saya okey sahaja, tak ada masalah pun tentang itu.

“Bagi saya, watak itu berjayalah,orang suka. Kalau ada yang cakap saya tak puasa, itu Barkoba atau Ngasrilah. Saya masih berpuasa ya!”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Bell, ketika dia melakonkan watak tersebut untuk naskhah 16 Puasa enam tahun lalu, penggambaran dilakukan pada bulan Ramadhan.

“Cuba tengok betul-betul, saya makan ke tidak dalam babak-babak yang dipertontonkan dalam drama itu? Saya tak makan sebab waktu itu saya berpuasa.

“Saya sebenarnya tak sangka walaupun drama itu sudah lama, tetapi naskhah Mamat Khalid ini ada kelompok peminatnya tersendiri. Tak sangka juga dapat perhatian sebab saya ini buat sahaja kerja sebagai pelakon.

“Kalau nampak macam betul tak puasa itu, maknanya saya berjayalah buat penonton percaya dengan hasil kerja saya,”katanya.

Dalam pada itu, Bell juga teruja dengan reaksi peminat dan penonton menerusi naskhah baharu Mamat Khalid yang berjudul 18 Puasa Di Kampong Pisang akan bersiaran pada 15 April ini di saluran Astro First.

“Ia merupakan gabungan 17 Puasa dan drama bersiri Kampung Pisang. Seronok sebab saya dapat bekerjasama dengan kawan-kawan lama dalam industri.

“Macam Aziz M Osman dan Uncle Dewa Sapri, semua itu orang lama yang semasa kecil, saya tengok mereka di kaca tv. Dapat bekerjasama, memang peluang yang baik buat saya,”katanya

Van J3nazah Tidak Lagi Digunakan

Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) tidak akan menggunakan ‘van jenazah’ bagi mengangkut umat Islam yang ditangkap kerana ponteng puasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Johor, Tosrin Jarvanti berkata, tindakan itu bagi menjaga aib individu berkenaan.

“Bagaimanapun, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa.

“Pada masa sama, JAINJ akan mengambil pendekatan memberi nasihat kepada umat Islam yang ditahan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dengan kerjasama JAINJ di Yayasan Warisan Johor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tosrin berkata, pihaknya mengenal pasti 15 lokasi ‘port’ beli makanan di Johor Bahru dan Johor Bahru dan Kulai, termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang.

“Penguat kuasa akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan risikan di lokasi yang dikenal pasti, sebelum membuat tangkapan terhadap individu tidak berpuasa.

“Jangan suka hati hendak makan dan minum dengan bersembunyi kerana penguat kuasa akan bergerak di seluruh lokasi yang dikenal pasti bermula esok,” katanya.

Sumber : Hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *