Hiburan

Selepas Lofa Mengidam Burger, Sekali Fazura Teringin Nak Makan Lemang

Semenjak 27 April lalu, nama pengacara Noor Neelofa telah menjadi bualan hangat warganet selepas beliau dan suami dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM60,000 berikutan isu pelanggaran SOP majlis perkahwinannya pada 26 Mac lalu.

Namanya bukan sahaja disebut-sebut disebabkan kompuan berkenaan namun turut menjadi bualan hangat selepas beliau memuat naik foto burger hasil carian daripada Google.

Perkara itu menyebabkan warganet berfikiran bahawa ia ada kaitan dengan kejadian peniaga burger yang dikompuan sebanyak RM50,000 di Kelantan.

Tindakan Neelofa itu telah menyebabkan ramai warganet kecewa dengan sehingga ada yang meluahkan perasaan mereka di media sosial.

Namun, disebabkan perkara itu secara tidak sengaja nama bekas kekasih Neelofa iaitu Fattah Amin serta isteri, Nur Fazura pula menjadi sebutan ramai.

Disebabkan itu, nama Fazura dan Fattah telah trending di laman Twitter tanpa sengaja.

Lebih menarik lagi apabila secara tiba-tiba Fazura turut memuat naik satu twit memberitahu beliau sedang mencari lemang dan disebabkan itu, ramai pengguna Twitter mula berusaha untuk mencarikan lemang untuk pelakon berkenaan.

Bukan itu sahaja, Fazura turut dilihat telah follow ramai orang di Twitter secara tiba-tiba.

Woww, semuanya terjadi secara tiba-tiba ya tapi apa pun semoga apa yang terjadi ini tidak akan membuatkan mana-mana pihak bermasam muka lah ya.

Kenapa agaknya ya tiba-tiba nama Fazura dengan Fattah disebut pula?

Teringin nak makan lemang je pun… nama Fazura tiba-tiba ‘trending’ – “Sebab tak ada yang ne4tif, saya OK je!”

PELAKON Fazura terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di Twitter selepas menulis mengenai lemang.

Menurut Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 38, pada mulanya dia agak risau jika dirinya ada menimbulkan sesuatu isu mengenai lemang.

“Tak tahu nak komen apa, as long as tiada yang negatif la.

“Saya twit rasa nak makan lemang je, tak sangka pula trending dan ramai beri cadangan kat mana nak beli lemang yang sedap,” ujarnya kepada mStar.

Tambah suami kepada Fazura iaitu aktor, Fattah Amin, mereka menyambut Ramadan tahun ni dengan bersederhana.

“Puasa tahun ni saya dengan Faz sederhana sahaja, mostly saya sibuk dengan shooting.

“Tapi masih ada kesempatan nak berbuka dengan Fazura,” kata Fattah.

Terdahulu  TINDAKAN pengacara Neelofa memuat naik gambar burger di Instagram miliknya menimbulkan kemarahan netizen apabila dia dikatakan seolah-olah menyindir seorang peniaga makanan itu di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 baru-baru ini.

Neelofa yang baharu sahaja didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri menulis kapsyen mahu menikmati burger semasa moreh malam nanti.

“Moreh burger malam ni meh, ” tulis Neelofa ringkas, dan disertai dua emoji ‘ketawa’.

Menyedari perkara itu menimbulkan salah faham banyak pihak, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, memadam foto berkenaan yang didapati diperoleh daripada enjin carian Google.

steri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail ini berkata, dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak termasuk peniaga berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebaliknya ujar Neelofa dia lebih awal mengarahkan peguam menghubungi individu tersebut untuk menawarkan bantuan bagi menyelesaikan bayaran kompaun terbabit.

“Ya Allah ramai salah anggap dan bersangka tidak baik, sebelum saya post gambar itu, peguam saya sudah menghubungi abang burger dan pihak polis.

”Untuk tanyakan detail tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah, ” tulisnya.

Ya Allah ramai salah anggap dan bersangka tidak baik, sebelum saya post gambar itu, peguam saya sudah menghubungi abang burger dan pihak polis.

Dalam pada itu, bekas pengacara MeleTOP ini juga memuat naik bukti paparan skrin mesej perbualan tentang hasratnya membantu peniaga burger tersebut.

Malah, Neelofa turut memuat naik petikan hadis berkaitan kelebihan dalam membantu orang dalam kesusahan.

Terdahulu, Neelofa serta keluarganya telah dikenakan kompaun RM60,000 kerana melanggar prosedur SOP di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di hotel di ibu negara, 27 Mac lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *