Hiburan

Serina cakap ada pihak hasut, sekali Chef Wan tunjuk perbualan terakhir mereka

Chef Wan mengakui beliau menangis selepas dibanjiri pelbagai tohmahan berhubung kisah pernikahan anaknya pelakon, Serina Redzuawan, semalam.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, berkata, dia terkilan apabila diketepikan dalam urusan pernikahan anaknya itu dan menyifatkan Serina hanya mementingkan diri.

“Saya tidak pernah membantah hasrat Serina nak berkahwin, sebaliknya mahu dia benar-benar menyiasat calon suaminya terlebih dulu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Chef Wan berkata, dia juga kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak tahu hujung pangkal menyerangnya secara terbuka kononnya dia tidak membenarkan Serina berkahwin.

“Sejak mula saya tidak pernah membantah pun. Saya siap bergurau lagi dan suruh dia bersabar untuk beberapa bulan lagi. Kenalah siasat dulu sebelum nikahkan mereka. Akhirnya ada orang beritahu saya mereka sudah nikah di S1am (Thailand).

“Penat mak bapa bela dari dua tapak jari, apabila besar ini balasannya. Semalam saya menangis dengan rasa pedih melihat komen daripada orang ramai. Ia sangat melukakan hati saya,” katanya.

Chef Wan menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara dan menjelaskan kebenaran mengenai perkara itu. Dia tidak mahu perkara itu terus tersebar dan bertukar fitnah.

“Berhenti salahkan saya kononnya aibkan anak nikah di Thailand. Anda tak terfikir saya ada hak untuk jujur menjelaskan dan menyampaikan kebenaran? Tak cerita macam-macam fitnah nanti keluar dan orang akan mengumpat dan mengata macam-macam hingga ditokoktambah. Sedangkan sudah cerita pun masih ada menuduh konon saya tak bagi restu,” katanya.

Chef Wan berkata, perkara ini sepatutnya menjadi teladan buat masyarakat yang berdepan isu kekeluargaan.

Menurutnya, perkara yang salah tetap salah.

“Inilah kisah anak-anak kita yang degil, kepala macam batu! Ia terjadi kepada ramai keluarga di luar sana pun sebelum ini. Bukan saya seorang saja. Apabila buat kesalahan begitu, belajar supaya keluarga lain ambil teladan daripada sifat pendek akal dan pentingkan diri sendiri itu. Ini pengajaran buat semua terutama anak-anak muda. Jangan jadikan perbuatan mereka yang tak betul itu betul,” katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid, semalam. Menurutnya, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup.

Serina sangkal dakwaan ‘kahwin lari’ di Siam. “ada pihak hasut Chef Wan”

Terdahulu  pelakon itu tampil menafikan kenyataan bapanya itu.

Menurut Serina, 38, dakwaan Chef Wan itu tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan suami yang dikenali sebagai Aidid diadakan di Malaysia.

“Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina dan suami.
“Selepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kahwin di Siam itu adalah tidak benar, kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.

“Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam, fikirlah logik sempadan pun tutup… mana ada buka,” katanya menerusi Instagram pada pagi Sabtu.

Penjelasan Serina di Instagram.
Sebelum ini, Chef Wan, 63, mendedahkan Serina berkahwin di negara jiran tanpa pengetahuannya.

Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram.
Dalam pada itu, Serina berkata tindakan bapanya memuat naik status kecewa itu dilakukan selepas dihasut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.
Apa pun saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami, moga Allah beri orang ini hidayah

“Memang saya akui ramai yang hasut papa dan cucuk papa macam-macam, suka tengok keluarga kami hancur. Saya sentiasa menghormati bapa saya. Kami tak ada masalah pun selama ni. Malah, papa sendiri ada post di Instagram dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah… benda baik halal kan hubungan dituntut dalam Islam.
“Siap cakap makan-makan di restoran papa je nanti untuk kenduri jamuan doa selamat. Secara jujur papa dah tau kami nikah, saya dah maklumkan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.

“Apa pun saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami, moga Allah beri orang ini hidayah… tolong hormat juga keluarga mertua Serina, mereka pun ada perasaan,” ujarnya.
Serina maklumkan bapa sudah bertemu suami sebelum ini.

Dalam perkongsian yang sama, Serina turut memohon netizen menghentikan kecaman dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkahwinannya itu.

Malah, dia menafikan tuduhan yang mengatakan Aidid merupakan suami orang.
“Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat kelak sebab itu kalau kita tak tahu jangan kita pandai-pandai nak komen dan hentam orang lain.

Serina dan Aidid bernikah di Malaysia.
“Saya nak jelaskan suami saya bukan suami orang, (dia) duda. Sebelum kenal saya pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh suami saya yang tak benar.
“Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik-baik jangan jadikan media sosial tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *