Uncategorized

Sharifah Amani cerita pengalaman ‘spot check’ h4id masa sekolah

ISU melibatkan pelajar perempuan yang didatangi haid terpaksa jalani pemeriksaan sama ada mereka memakai tuala wanita atau sebaliknya di sekolah kini menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Tertarik dengan isu yang dibangkitkan itu, pengacara Sharifah Aleya berkongsi pengalamannya beberapa kali berdepan situasi tersebut ketika di bangku sekolah.

Aleya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya, 38, menerusi Twitter miliknya turut mengakui situasi itu juga menjadi punca ibunya iaitu Fatimah Abu Bakar tidak menghantarnya ke sekolah berasrama.

Netizen meminta pandangan daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Ini mesti penyebab kenapa ibu saya berkeras tidak mahu saya ke sekolah berasrama. Walaupun hakikatnya saya masih berdepan situasi ‘betul ke period? Nanti cikgu check baru tahu!’ di sekolah harian biasa.

“Tapi kami akan terus pulang ke rumah, tak berani nak menipu. Takut kantoi. Sudah tentu saya pernah ditanyakan soalan terbabit beberapa kali.

“Saya hanya membalas What?, jadi ia dapat membantu saya mengekang isu itu rasanya. Sekiranya hal sama berlaku kepada anak perempuan saya, seseorang akan kena nanti,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila netizen meminta pandangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai paksaan pelajar untuk mebuktikan mereka datang haid.

Sudah tentu saya pernah ditanyakan soalan terbabit beberapa kali.

Difahamkan individu tersebut mahukan penjelasan apabila terdapat sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan mereka dalam keadaan ‘uzur’ atau period.

Malah individu tersebut juga memberitahu terdapat sekolah yang didakwa tergamak meminta pelajar mencalit kemaluan mereka untuk menunjukkan darah kepada guru atau pengawas sekolah.

Terkejut dengan isu itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata dia memandang serius dengan amalan sesetengah guru yang melakukan pemeriksaan tersebut.

Dalam pada tu, Aleya turut menyanggah pertanyaan segelintir pengguna yang terdiri daripada kaum lelaki berkenaan tindakan memeriksa (dengan cara meraba) untuk mendapat kepastian.

Aleya dan Amani berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi yang sama.

“Jantan-jantan yang tanya ‘kalau tak raba, macam mana nak pastikan pelajar tu period ke tak?

“Dengan segala hormatnya pergi mam*** sebelum kau jahanamkan hidup bini, anak perempuan, adik perempuan atau kakak kau. Bukan hak kau untuk cari kepastian,” ujarnya.

Sementara itu, adik kepada Aleya iaitu aktres Sharifah Amani turut mendedahkan dia pernah berdepan dengan situasi tersebut dan memberikan amaran kepada ustazah di sekolahnya.

Ustazah Cuak

“Dulu ustazah pernah nak periksa saya… kemudian saya teringat, mama cakap kalau ada sesiapa yang sentuh kita tanpa keizinan, kita boleh heret ke polis.

“Jadi saya jawab kat ustazah ‘silalah ustazah kalau berani hadap polis’. Dia cuak kemudian lepaskan saya. Nasib baik mama ajar kami,” kata Amani.

Tidak wajar untuk mem4lukan pelajar

Menerusi laporan Malaysiakini, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Noor telah memberikan pandangannya terhadap isu berkenaan iaitu sesiapa pun tidak wajar untuk mem3lukan pelajar dengan memeriksa bahagian su.lit mereka.

Wan Salim juga berkata bahawa setiap orang mempunyai m4ruah diri yang wajib kita hormati oleh individu yang lain. Ia termasuklah hak mereka untuk menutup bahagian-bahagian s.ulit tubuh mereka daripada dilihat oleh individu yang lain.

Agama Islam mel4rang ker4s umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.

Amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bul.an dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu, menurut pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah.

Perbuatan yang dilakukan para guru, warden asrama dan pengawas itu antara lain meminta pelajar menunjukkan kes4n d4rah pada tuala wanita, melakukan c4litan pada kem4luan dengan kapas, tisu atau jari mereka untuk membuktikan mereka tidak boleh bersolat jemaah kerana mengalami h4id.

Malah pelajar juga diraba di bahagian al4t su.lit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tu4la wanita.

Sekumpulan individu bercakap kepada Malaysiakini bagi menceritakan pengalaman mereka di sekolah berasrama yang dianggap “mem4lukan”.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa amalan seumpama ini kebanyakannya berlaku di sekolah berasrama penuh namun ada juga kes yang terjadi di sekolah harian dan sekolah agama persendirian.

Sekumpulan individu menghubungi Malaysiakini untuk berkongsi cerita mereka selepas isu itu dibangkitkan seorang pengguna Twitter yang bertanya mengenai apakah amalan tersebut masih berlaku di sekolah.

Bebenang Twitter yang berkongsikan kisah-kisah ini dikongsikan lebih daripada 6,000 kali. Mereka tampil mengatakan bahawa mereka ingin melihat amalan mem4lukan itu dihentikan.

Semua nama telah diubah untuk melindungi identiti mereka yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *