Hiburan

Shukri Yahaya Nyanyi Lagu Perli Anak Tak Puasa Buat Netizen Berdekah

Setiap kali ramadhan pasti ibu bapa akan melatih anak-anak mereka yang masih kecil untuk berpuasa. Berpuasa perlu kah dilatih dari kecil agar mereka terbiasa. Begitu lah yang terjadi pada Shukri Yahya , bapa kepada dua orang anak ini, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Berkongsi di aplikasi tiktok menunjukkan Syukri Yahya yang mencipta lagu buat anaknya yang ponteng puasa dengan pelbagai alasan diberikan oleh si cilik itu. Anak sulung nya Aaira Ameena baru sahaja mencecah 5 tahun, tahun ini sudah mula diajar untuk berpuasa, namun begitu pelbagai alasan yang di berikan oleh si cilik itu.

Menyanyi lagu yang asalnya Marhabban Ya Ramadhan tetapi diubah lirik oleh Syukri Yahaya memerli anaknya yang terminum air, temakan mentos dan banyak lagi turut menghiburkan penonton. Ameena yang diperli terlihat manis tersenyum-senyum sambil makan pisang di tangannya buat netizen geram dgn kecomelan nya itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur dgn gelagat Syukri Yahaya itu dan meninggalkan pendapat masing-masing.

Isteri akui cemb.uru</strong

Siapa tidak mengenali pelakon kacak, Shukri Yahaya yang sering mencul di kaca televisyen dengan memainkan watak lelaki idaman ataupun suami baik-baik di setiap drama.

Walaupun sering didampingi oleh pelakon-pelakon wanita ketika di set pengambaran, aktor berusia 32 tahun ini tetap profesional dan jarang terkait dengan kontroversi besar sehingga melibatkan nama baik diri dan juga keluarga tercalar.

Akui ada rasa cemburu
Namun begitu, isteri pelakon tersebut tetap mengakui mempunyai perasaan cemburu kerana fitrah sebagai manusia yang tidak dapat menafikan perasaan berkenaan lebih-lebih lagi melibatkan suami sendiri.

Menerusi Astro Gempak merujuk kepada IG story Tya Adnan, dia telah menjawab soalan daripada netizen memaklumkan tidak menonton drama lakonan suaminya bagi menjaga pandangannya dari berasa cemburu.

Tahu suami profesional dalam kerja
Hal ini susulan soalan yang bertanyakan sama ada dia berasa cemburu ataupun tidak apabila melihat suami tersayang berpegang tangan dengan pelakon wanita bagi menjayakan adegan romantik.

Menurut Tya, dia sedar dan faham kerjaya suaminya yang hanya mengikut tuntutan watak serta percaya Shukri masih profesional dalam bekerja.

“I avoid je la daripada mata pandangan i. Husband I pun profesional. Dia tahu mana kerja, mana real life. Mana rakan kerja, mana bini.” Tulis Tya

Pasangan romantis ini yang sudah menikah hampir enam tahun telah dikurniakan dua orang cahaya mata comel bernama, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Shukri Yahaya telah memulakan karier sebagai pelakon sekitar tahun 2011 sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Tya Adnan atau Siti Nurfatihah Adnan pada tahun 2015.

Teks By Staff Media Kita

Sumber : Tiktok kakbee91 by media kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *